Pengetahuan dan praktis jururawat semasa mentafsir kesakitan angina di wad perubatan

dc.contributor.authorLai, Chu Be
dc.date.accessioned2019-06-18T01:55:06Z
dc.date.available2019-06-18T01:55:06Z
dc.date.issued2003
dc.description.abstractObjektif Mengetahui pengetahuan asas jururawat berkaitan kesakitan dada dan praktis jururawat semasa menerima aduan kesakitan dada dari klien di wad perubatan. Faktor ini disebabkan jururawat memainkan peranan panting dalam penaksiran dan pengurusan semasa menerima aduan kesakitan dada daripada klien sebelum kesakitan tersebut dilaporkan kepada Pegawai Perubatan. Kajian ini telah dijalankan diwad Perubatan 7 Selatan, 7 Utara dan 8 Selatan. Kaedah Kajian Kajian yang dijalankan berbentuk soalan dimana jururawat dan Ketua Jururawat di wad Perubatan seramai 50 orang diberikan soalan berdasarkan pengetahuan dan praktis semasa menerima aduan kesakitan dada dari klien. Keputusan Kajian Keputusan kajian mengenai pengetahuan berkaitan kesakitan dada dan angina daripada 50 sampel didapati 70-90% responden memberi jawapan yang betul manakala 64-76°/o daripada responden melakukan tindakan yang betul semasa menerima aduan kesakitan dada dan angina. Walau bagaimanapun tiada hubungan statitik yang significant diantara pengetahuan dan praktis responden. Keputusan juga menunjukkan bahawa tindakan dan praktis jururawat semasa aduan sakit dadadan angina tidak m empunyai keseragaman yang tepat pad a setiap tindakan dan praktis yang diamalkan oleh mereka. Cadangan Jururawat diberi pengetahuan dan maklumat tambahan mengenai kesakitan angina dan cara mentafsir kesakitan angina mengikut carta khas yang diserangam ke seluruh wad perubatan. Bagi jururawat yang berminat menyambung pendidikan pihak pengurusan seharusnya mengalu-alukan hal tersebut kerana hasil kajian menunjukkan jururawat yang mempunyai kursus pas basik iaitu Diploma pengkhususan dan Rawatan Koronori lebih berpengetahuan semasa menilai dan mentafsir kesakitan angina di kalangan klien. Kesimpulan Berdasarkan kepada keputusan kajian, menunjukkan bahawa sememangnya jururawat tidak mempunyai ketidakseragaman dalam mentafsir dan melakukan praktis semasa menerima aduan kesakitan dada dari klien. Majoriti jururawat melakukan tindakan hanya berdasarkan amalan tanpa pengetahuan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8309
dc.language.isoenen_US
dc.publisherPusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectMedicalen_US
dc.titlePengetahuan dan praktis jururawat semasa mentafsir kesakitan angina di wad perubatanen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: