Keberkesanan Media Turasan Batu Kapur Dalam Menyingkirkan Ferum, Cod Dan Bod Daripada Larut Lesapan: Kajian Kes Di Tapak Pelupusan Semi-Aerobik Pulau Burung
Loading...
Date
2006-07
Authors
Yusoff, Mohd Suffian
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesesuaian batu kapur sebagai media olahan larut
lesapan yang lebih murah berbanding olahan sediaada dengan memfokuskan kajian
kepada larut lesapan semi-aerobik yang terdapat di Tapak Pelupusan Pulau Burung,
Nibong Tebal (TPPB). Pencirian larut lesapan dilakukan selama satu tahun sebelum
kajian kelompok dilakukan di makmal diikuti kajian turus di lapangan serta kajian
perbandingan di loji olahan larut lesapan secara fizikal sediaada di TPPB. Parameter
larut lesapan yang difokuskan adalah ferum (Fe), Keperluan Oksigen Kimia (COD) dan
Keperluan Oksigen Biokimia (BOD), memandangkan kesemuanya hadir pada
kepekatan yang tinggi di tapak ini. Keberkesanan batu kapur juga dibandingkan
dengan media-media lain iaitu karbon teraktif, pasir silika dan campuran batu kapurkarbon
teraktif pada nisbah 5:1 secara isipadu. Ujikaji kelompok melibatkan penentuan
masa penggoncangan dan enapan yang optimum, nisbah campuran optimum,
penentuan isoterma Freundlich yang sesuai serta ujikaji kinetik penjerapan. Kajian
olahan larut lesapan berterusan dilakukan di lapangan menggunakan turus turasan
yang mengandungi media yang berbeza sehingga takat bolos dicapai. Kajian
dilakukan pada kadaralir 50 mL/min dan julat masa tahanan 40 ke 50 minit. Hasil
kajian menunjukkan kualiti larut lesapan di TPPB berada pada tahap separa matang
dengan nilai pH antara 7.4-8.8, nisbah BOD/COD yang rendah dan sukar dibiorosotkan
(purata 0.1), dan mengandungi kepekatan Fe yang tinggi sebanyak 9.5 mg/L. Ujikaji
kelompok memberikan masing-masing masa pengoncangan dan enapan optimum 60
dan 90 minit. Nisbah campuran optimum antara media batu kapur dan karbon teraktif
adalah 5:1 (mengikut isipadu). Proses penjerapan berlaku bagi penyingkiran COD
oleh karbon teraktif (Kf=9.39x10’4, n=0.7313) dan media campuran batu kapur-karbon teraktif (Kf=3.28x10'5, n=0.6239). Proses penjerapan juga berlaku bagi penyingkiran Fe
oleh semua media dengan media campuran batu kapur-karbon teraktif pada nisbah 5:1
secara isioadu memberikan nilai penjerapan yang lebih baik (Kf=8.25x10'2, n=0.8432)
diikuti oleh media silika (Kf = 1.37x10‘2, n = 1.2721), batu kapur (Kf = 3.74x1 O'2, n =
1.3497) dan karbon teraktif (Kf = 2.91x1 O'2, n = 2.2331). Batu kapur berupaya
menyingkir sehingga 80% Fe tetapi penyingkiran COD nya adalah di bawah 30%.
Penggunaan media campuran (nisbah isipadu 5:1) sebagai media turasan larut
lesapan adalah pilihan yang lebih baik memandangkan lebih 90% Fe dan lebih 50%
COD berjaya disingkirkan. Campuran media ini dapat mengurangkan kos kerana
memerlukan karbon teraktif yang sedikit. Kajian juga menunjukkan bahawa keputusan
ujian turus berterusan di lapangan adalah selari dengan keputusan loji sebenar. Ujian
kinetik terhadap penyingkiran Fe oleh batu kapur menunjukkan bahawa penjerapan
kimia lebih dominan daripada penjerapan fizikal serta berlakunya penjerapan intrapartikel.
Penyingkiran Fe secara pemendakan dan penjerapan secara langsung akan
turut mengurangkan nilai bacaan COD.
Description
Keywords
Leachate , Leaching