Keberkesanan Media Turasan Batu Kapur Dalam Menyingkirkan Ferum, Cod Dan Bod Daripada Larut Lesapan: Kajian Kes Di Tapak Pelupusan Semi-Aerobik Pulau Burung
dc.contributor.author | Yusoff, Mohd Suffian | |
dc.date.accessioned | 2022-06-27T07:12:34Z | |
dc.date.available | 2022-06-27T07:12:34Z | |
dc.date.issued | 2006-07 | |
dc.description.abstract | Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesesuaian batu kapur sebagai media olahan larut lesapan yang lebih murah berbanding olahan sediaada dengan memfokuskan kajian kepada larut lesapan semi-aerobik yang terdapat di Tapak Pelupusan Pulau Burung, Nibong Tebal (TPPB). Pencirian larut lesapan dilakukan selama satu tahun sebelum kajian kelompok dilakukan di makmal diikuti kajian turus di lapangan serta kajian perbandingan di loji olahan larut lesapan secara fizikal sediaada di TPPB. Parameter larut lesapan yang difokuskan adalah ferum (Fe), Keperluan Oksigen Kimia (COD) dan Keperluan Oksigen Biokimia (BOD), memandangkan kesemuanya hadir pada kepekatan yang tinggi di tapak ini. Keberkesanan batu kapur juga dibandingkan dengan media-media lain iaitu karbon teraktif, pasir silika dan campuran batu kapurkarbon teraktif pada nisbah 5:1 secara isipadu. Ujikaji kelompok melibatkan penentuan masa penggoncangan dan enapan yang optimum, nisbah campuran optimum, penentuan isoterma Freundlich yang sesuai serta ujikaji kinetik penjerapan. Kajian olahan larut lesapan berterusan dilakukan di lapangan menggunakan turus turasan yang mengandungi media yang berbeza sehingga takat bolos dicapai. Kajian dilakukan pada kadaralir 50 mL/min dan julat masa tahanan 40 ke 50 minit. Hasil kajian menunjukkan kualiti larut lesapan di TPPB berada pada tahap separa matang dengan nilai pH antara 7.4-8.8, nisbah BOD/COD yang rendah dan sukar dibiorosotkan (purata 0.1), dan mengandungi kepekatan Fe yang tinggi sebanyak 9.5 mg/L. Ujikaji kelompok memberikan masing-masing masa pengoncangan dan enapan optimum 60 dan 90 minit. Nisbah campuran optimum antara media batu kapur dan karbon teraktif adalah 5:1 (mengikut isipadu). Proses penjerapan berlaku bagi penyingkiran COD oleh karbon teraktif (Kf=9.39x10’4, n=0.7313) dan media campuran batu kapur-karbon teraktif (Kf=3.28x10'5, n=0.6239). Proses penjerapan juga berlaku bagi penyingkiran Fe oleh semua media dengan media campuran batu kapur-karbon teraktif pada nisbah 5:1 secara isioadu memberikan nilai penjerapan yang lebih baik (Kf=8.25x10'2, n=0.8432) diikuti oleh media silika (Kf = 1.37x10‘2, n = 1.2721), batu kapur (Kf = 3.74x1 O'2, n = 1.3497) dan karbon teraktif (Kf = 2.91x1 O'2, n = 2.2331). Batu kapur berupaya menyingkir sehingga 80% Fe tetapi penyingkiran COD nya adalah di bawah 30%. Penggunaan media campuran (nisbah isipadu 5:1) sebagai media turasan larut lesapan adalah pilihan yang lebih baik memandangkan lebih 90% Fe dan lebih 50% COD berjaya disingkirkan. Campuran media ini dapat mengurangkan kos kerana memerlukan karbon teraktif yang sedikit. Kajian juga menunjukkan bahawa keputusan ujian turus berterusan di lapangan adalah selari dengan keputusan loji sebenar. Ujian kinetik terhadap penyingkiran Fe oleh batu kapur menunjukkan bahawa penjerapan kimia lebih dominan daripada penjerapan fizikal serta berlakunya penjerapan intrapartikel. Penyingkiran Fe secara pemendakan dan penjerapan secara langsung akan turut mengurangkan nilai bacaan COD. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/15491 | |
dc.language.iso | other | en_US |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Leachate | en_US |
dc.subject | Leaching | en_US |
dc.title | Keberkesanan Media Turasan Batu Kapur Dalam Menyingkirkan Ferum, Cod Dan Bod Daripada Larut Lesapan: Kajian Kes Di Tapak Pelupusan Semi-Aerobik Pulau Burung | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: