Kesan Pembelajaran Sains Berasaskan Isu Sosiosaintifik Dengan Nilai Islam Ke Atas Sikap, Nilai Murni Dan Kemahiran Berfikir Kritis Pelajar Sekolah Menengah Tingkatan Empat
Loading...
Date
2017-07
Authors
Abd. Rahim, Rahimawati
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pembelajaran sains berasaskan isu sosiosaintifik dengan nilai Islam (PSBIS-NI) ke atas sikap terhadap isu sosiosaintifik, nilai murni dan kemahiran berfikir kritis pelajar sekolah menengah tingkatan empat. PSBIS-NI merupakan kaedah pembelajaran sains yang memfokuskan isu sosiosaintifik dengan kesepaduan nilai Islam, dan dilaksanakan dalam situasi pembelajaran sains selepas sekolah. Sebuah modul pembelajaran dibina berasaskan Model Konseptual PSBIS-NI sebagai rujukan untuk intervensi PSBIS-NI. Reka bentuk Pra-eksperimen: Ujian Pra-Ujian Pos Satu Kumpulan digunakan dalam kajian ini. Kesan PSBIS-NI terhadap ketiga-tiga variabel diukur dalam ujian pra, ujian pos dan ujian pos lanjutan. Kaedah pensampelan bertujuan digunakan bagi memilih 31 orang pelajar tingkatan empat aliran sains dan beragama Islam untuk menjalani intervensi PSBIS-NI. Seorang guru mata pelajaran Sains dan seorang guru Pendidikan Islam terlibat secara kolaboratif sebagai fasilitator semasa pelaksanaan intervensi. Soal Selidik Sikap terhadap Isu Sosiosaintifik, Soal Selidik Penghayatan Nilai Murni dan Ujian Pemikiran Kritis Watson-Glaser digunakan untuk mengukur sikap terhadap isu sosiosaintifik, nilai murni dan kemahiran berfikir kritis pelajar. Hipotesis kajian diuji secara statistik inferensi menggunakan Ujian Anova dengan Pengukuran Berulang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa PSBIS-NI memberi kesan positif ke atas sikap terhadap isu sosiosaintifik dan kemahiran berfikir kritis tetapi tidak berkesan ke atas nilai murni pelajar tingkatan empat. Implikasi dapatan kajian terhadap bidang pendidikan sains mengkhusus kepada pelaksanaan isu sosiosaintifik dan juga kesepaduan nilai Islam dalam pembelajaran sains. Kajian ini memberi sumbangan kepada pendidikan sains dalam menyediakan isi kandungan dan kaedah pelaksanaan PSBIS-NI melalui pembangunan
Modul Bersepadu PSBIS-NI.
Description
Keywords
Kesan pembelajaran sains berasaskan isu sosiosaintifik , pelajar sekolah menengah tingkatan empat.