Hubungan Kerajaan Lamuri Dengan Dunia Antarabangsa Berdasarkan Temuan Seramik Di Kawasan Lamreh Kabupaten Aceh Besar (13 – 15 M)

dc.contributor.authorHusni, Amir
dc.date.accessioned2022-05-09T10:44:48Z
dc.date.available2022-05-09T10:44:48Z
dc.date.issued2020-07
dc.description.abstractPenyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji seramik yang terdapat di tapak Lamreh, Aceh-Indonesia. Fokus penyelidikan ini ialah untuk melakukan klasifikasi, pentarikhan, kronologi dan menentukan peranan tapak Lamreh berdasarkan bukti seramik. Oleh itu, untuk mendapatkan seramik maka kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah survei dan ekskavasi. Hasil kerja lapangan menjumpai 6,913 serpihan seramik dengan pelbagai jenis, bentuk dan motif. Kesemua seramik tersebut dianalisis menggunakan beberapa kaedah iaitu (1) analisis morfologi untuk mengenal pasti jenis dan bentuk seramik, (2) analisis motif hias untuk mengetahui motif-motif seramik, (3) pentarikhan relatif untuk menentukan usia seramik dan kronologi tapak, (4) analisis saintifik menggunakan kaedah X-Ray Flourescence (XRF) dan Energy Dispersive X-Ray (EDX) untuk mengenal pasti asal-usul seramik mengikut kepada dapur dan negara penghasilnya dan (5) analisis perbandingan untuk mengetahui peranan tapak Lamreh pada masa lampau berdasarkan bukti seramik. Hasil analisis mendapati seramik di tapak Lamreh berasal daripada empat negara yang berbeza iaitu China, Thailand, Vietnam dan Myanmar.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/15246
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKerajaan Lamurien_US
dc.subjectTemuan Seramiken_US
dc.titleHubungan Kerajaan Lamuri Dengan Dunia Antarabangsa Berdasarkan Temuan Seramik Di Kawasan Lamreh Kabupaten Aceh Besar (13 – 15 M)en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: