Ke Arah Mengurangkan Kemalangan Maut Di Jalan Scotland, Pulau Pinang: Satu Kajian Persepsi Pengguna Jalan Raya
Loading...
Date
2010-02
Authors
Manan, Nordin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji punca mengapa dan kenapa kemalangan sering berlaku di Jalan Scotland, Pulau Pinang terutamanya kemalangan maut. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mencari kaedah dan cara yang sesuai bagi mengurangkan kemalangan di Jalan Scotland berdasarkan perspektif kejuruteraan. Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah bancian secara soal selidik ke atas 300 orang responden yang pernah terlibat, menyaksikan atau mengetahui tentang kemalangan di lokasi kajian dari 1 Jun 2004 hingga 30 Jun 2005. Penganalisaan data dibuat dengan menggunakan perisian analisis data statistik iaitu Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Kaedah ini lebih praktis kepada pengkaji untuk mencari punca sebenar yang menyebabkan kemalangan dan mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna di lokasi ini. Namun begitu, fokus utama bagi kajian ini adalah mencari penyelesaian kepada persoalan jika kemalangan itu berlaku disebabkan oleh faktor kemanusiaan atau faktor kejuruteraan. Penemuan kajian mendapati 98% punca kemalangan maut adalah disebabkan oleh factor kemanusiaan. Walau bagaimanapun, dapatan kajian juga menunjukkan 48% responden memperakui bahawa kemalangan mempunyai kaitan dengan faktor kejuruteraan.
Description
Keywords
Mengurangkan kemalangan maut , di jalan scotland, pulau pinang