Analisis Cerapan Dan Hisab Ke Atas Peristiwa Gerhana Berdasarkan Ilmu Falak
Loading...
Date
2016-09
Authors
Jani, Mohamad Faizal
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Cerapan dan hisab adalah dua aspek penting dalam kajian gerhana ketika era kegemilangan ilmu falak dalam tamadun Islam. Kajian ini bertujuan menganalisis cerapan serta hisab tersebut, menerusi ilmu falak bagi menjelaskan hubungkait isu-isu gerhana dalam aqidah dan fiqh. Metodologi kajian yang dilakukan adalah secara kualitatif dan lapangan. Berdasarkan catatan gerhana berkaitan cerapan dan hisab dalam kitab-kitabhadis, kitab atau risalah, pengkaji melakukan analisis dengan mengunakan kalkulator gerhana oleh NASA, perisian Accurate Time 5.3 dan animasi Strarry Night. Hasilnya, kajian ini merumuskan bahawa isu-isu gerhana dalam fiqh dan aqidah dapat dijelaskan melalui ilmu falak. Hal ini dibuktikan dengan penerimaan ilmu falak dalam kajian gerhana di 14 Bahagian/Unit Falak, Jabatan Mufti Negeri yang telah menunjukkan perkembangan positif dalam aktiviti berkaitan cerapan dan hisab gerhana sama ada dalam skop falak dan fiqh. Hasil kajian juga mendapati, cerapan gerhana matahari pada zaman Rasulullah S.A.W serta 4 cerapan gerhana matahari dan bulan di nusantara adalah selari dengan hasil hisab. Hasil hisab gerhana dalam kajian ini juga membuktikan tiada hubung kait kekerapan berlakunya gerhana atau gerhana berpasangan dengan hari kiamat dan ia selari dengan hasil hisab. Dalam kajian terhadap kaedah hisab Hiṣṣah pula, hasil kajian mendapati kaedah hisab dapat dipermudahkan dengan 2 kaedah dan masih lagi sesuai dengan tahap taqribi untuk digunakan pada hari ini. Hasil kajian dalam perlaksanaan solat sunat gerhana pula menunjukkan penggunaan hisab magnitud gerhana melebihi nilai -0.7 dapat meningkatkan keyakinan dalam kenampakan cerapan gerhana bulan penumbra.
Description
Keywords
Menganalisis cerapan serta hisab tersebut, menerusi ilmu falak , bagi menjelaskan hubungkait isu-isu gerhana dalam aqidah dan fiqh.