Pengaruh Kesejahteraan Rohani Terhadap Kecenderungan Pengulangan Dadah Di Tujuh Pusat Khidmat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (Pkaadk) Di Malaysia
dc.contributor.author | Mohd Ariffin, Nurhazlina | |
dc.date.accessioned | 2017-01-16T07:53:52Z | |
dc.date.available | 2017-01-16T07:53:52Z | |
dc.date.issued | 2016-04 | |
dc.description.abstract | Kesejahteraan rohani memainkan peranan yang besar sebagai faktor pelindung dan faktor pencegah dalam menangani pelbagai permasalahan sosial, termasuklah isu pengulangan dadah. Terdapat dua dimensi utama yang mengukur kesejahteraan rohani individu iaitu kesejahteraan agama (perhubungan dengan Tuhan dan agama) dan kesejahteraan eksistensial (perhubungan dengan diri, manusia, dan persekitaran kehidupan). Justeru, satu kajian lapangan keratan rentas berbentuk kuantitatif telah dijalankan ke atas 290 orang bekas pengguna (BPD) dadah di tujuh buah Pusat Khidmat Anti Dadah Kebangsaan (PKAADK) bagi mengkaji pengaruh kesejahteraan rohani (SWB) terhadap kecenderungan pengulangan dadah (KPD). Kajian ini turut mengenal pasti tahap SWB dan KPD responden serta menganalisis perbandingan KPD berdasarkan profil sosiodemografi BPD. Data kajian telah dikumpul menggunakan borang soal selidik yang diadaptasi dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu melalui kaedah back translation daripada Spiritual Wellbeing Scale oleh Ellison dan Paloutzian (1982) dan Syed Sohail Imam, Noor Harun Abdul Karim, Nor Radziah Jusoh, & Nor Ehsaniah Mamad (2009); dan Drug Taking Confidence Questionnaire oleh Annis, Sklar, dan Turner (1999). Sebanyak lapan hipotesis nul telah diuji bagi menjawab kesemua persoalan dan objektif kajian. Antaranya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam KPD berdasarkan sosiodemografi seperti jantina, umur, tahap pendidikan, taraf perkahwinan, pekerjaan, dan tempat tinggal; tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara SWB dan KPD; dan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara dimensidimensi SWB iaitu kesejahteraan agama (RWB) dan kesejahteraan eksistensial (EWB). Hasil analisis menerusi ujian korelasi dan regresi menunjukkan bahawa wujud perhubungan di antara KPD dan SWB secara negatif, di mana semakin tinggi SWB, semakin rendah KPD. Begitu juga dengan dimensi-dimensi SWB yang mendapati bahawa semakin tinggi RWB dan EWB, semakin rendah KPD. Dapatan kajian melalui pengujian regresi pelbagai turut mengesahkan pengaruh SWB terhadap KPD dan hanya dimensi EWB telah dikesan sebagai faktor peramal utama kepada KPD berbanding RWB. Satu Model Pemerkasaan Rohani (Spiritual Empowerment Model - Model SEp) telah dicadangkan. Model SEp ini telah memberi fokus kepada intervensi kerja sosial yang komprehensif bertujuan membina rohani sejahtera melalui pengisian dan penghayatan rohani yang baik di dalam diri BPD ke arah pembentukan kesedaran kendiri, keupayaan diri, resiliensi, daya tindak, dan lokus kawalan diri bagi menurunkan risiko KPD. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/3456 | |
dc.language.iso | other | en_US |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Pengulangan dadah | en_US |
dc.title | Pengaruh Kesejahteraan Rohani Terhadap Kecenderungan Pengulangan Dadah Di Tujuh Pusat Khidmat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (Pkaadk) Di Malaysia | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: