Penghijrahan masuk buruh-buruh dari luar Pulau Pinang ke kawasan perindustrian di zon perdagangan bebas Bayan Lepas, 1977

Loading...
Thumbnail Image
Date
1978-04
Authors
Mohd. Nordin, Omar
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Perpindahan atau penghijrahan adalah satu tajuk yang tidak asing lagi bagi kita dewasa ini. Manusia sering bergerak dan berpindah-pindah dari satu tempat ke satu yang lain untuk memenuhi kehendak naluri mereka. Keadaan seperti ini terdapat di merata-merata baik di negara-negara maju maupun di negara-negara kurang maju. Keadaan sekarang adalah berbeda-beda dan kehendak serta kebolehan manusia juga adalah berbeda-beda. Keadaan-keadaan seperti ini, iaitu apa yang dikatakan faktor-faktor 'tolakan' (push) dan tarikan (pull) dari segi ekonomi dan sosial telah mendorongkan manusia berpindah dari tempat ke tempat. Secara ringkas, perpindahan boleh di-definasikan sebagai pergerakan manusia dari kawasan asal (origin) ke tempat yang dituju (destination) dalam satu jangkamasa yang tertentu dan berkait dengan perubahan tempat tinggal melewati sempadan-sempadan politikal (Political boundaries) samada di dalam atau di luar negeri.
Description
Keywords
Perpindahan
Citation