Perancangan Pembangunan Kota Medan : Suatu Kajian Dari Perspektif Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-12
Authors
Mahalli, Kasyful
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Rencana Pembangunan Jangka Menengah (RPJM) Kota Medan tahun 2006- 2010 merupakan huraian daripada visi, misi dan program Datuk Bandar terpilih dalam pilihan raya. Dalam RPJM Kota Medan terdapat visi pembangunan yang memiliki makna dan nilai Islam. Persoalannya, bukan Islami atau tidaknya RPJM tersebut, namun ditumpukan pada penganalisisan apakah dokumen RPJM tersebut betul atau tidaknya dilihat daripada perspektif prinsip pembangunan berteraskan Islam. Berdasarkan persoalan tersebut, tesis ini berhasrat untuk menganalisis perancangan pembangunan Kota Medan dari perspektif prinsip pembangunan berteraskan Islam. Kajian ini mempunyai tiga objektif. Pertama, mengenal pasti RPJM Kota Medan. Kedua, menganalisis RPJM Kota Medan dari perspektif prinsip pembangunan berteraskan Islam. Ketiga, mencadangkan perancangan pembangunan Kota Medan berteraskan Islam. Ketiga-tiga objektif ini cuba dicapai melalui kajian kualitatif yang berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Analisis RPJM Kota Medan dilakukan dengan menggunakan tujuh prinsip pembangunan berteraskan Islam yang terdiri daripada tasawwur Islam sebagai acuan, manusia sebagai pelaku, alam roh, alam dunia dan alam akirat sebagai skala waktu, ilmu fardu ain sebagai kerangka, ibadah sebagai kaedah, sumber alam sebagai peralatan dan mardat Allah sebagai matlamat pembangunan. Kajian ini telah menghasilkan tiga aspek penting dalam perancangan pembangunan berteraskan Islam. Pertama, aspek perancang; kedua, aspek perancangan; dan ketiga, rancangan. Pada aspek perancang terdapat tiga prinsip pembangunan berteraskan Islam iaitu manusia sebagai pelaku, ibadah sebagai kaedah dan ilmu fardu ain sebagai kerangka perancang. Aspek perancang memiliki karakteristik yang terdiri daripada iman dan takwa, kebenaran dan menjunjung tinggi keadilan, amanah, tawakal, bermusyawarah dan berilmu. Aspek perancangan memuatkan tiga prinsip pembangunan berteraskan Islam yang terdiri daripada tasawwur Islam sebagai acuan, sumber alam sebagai peralatan dan mardat Allah sebagai tujuan perancangan. Pada aspek perancangan diperlukan kriteria musyawarah dan keutamaan. Aspek rancangan pembangunan memuat prinsip alam roh, alam dunia dan alam akhirat sebagai skala waktu rancangan. Pada aspek rancangan ini terdapat dua kriteria yang mesti terpenuhi iaitu munasabah dan kemaslahatan. Analisis terhadap penemuan ini telah membawa kepada rumusan bahawa ketiga-tiga aspek perancangan pembangunan tersebut sangat bergantung kepada kesepakatan politik dan peranan kepemimpinan yang kuat.
Description
Keywords
Prinsip pembangunan berteraskan Islam
Citation