Perang Dan Perlanunan Di Sarawak Pada Era Penjajahan Abad Ke-19

dc.contributor.authorLaw, Sze Yung
dc.date.accessioned2017-09-28T01:21:42Z
dc.date.available2017-09-28T01:21:42Z
dc.date.issued2007-05
dc.description.abstractTesis ini mengkaji tentang sejarah perang dan perlanunan di Sarawak pada era penjajahan Kesultanan Brunei dan Dinasti Brooke pada abad ke-19. Ia memberi fokus utama kepada sejarah perang menentang penjajahan yang dilancarkan oleh para pembesar dan pemimpin tempatan dan pengikut-pengikut mereka. Tesis ini juga membincangkan tentang sejarah dan isu perlanunan di Sarawak serta kaitannya dengan perang yang tercetus pada era penjajahan Dinasti Brooke. Kajian ini mendapati bahawa pada umumnya pembesar dan penduduk Siniawan berperang menentang Pengiran lndera Mahkota (Gabenor Brunei yang memerintah Sarawak) kerana mereka menentang kezaliman dan pemerasan yang di lakukan oleh gabenor tersebut ke atas mereka. Selain itu, ia juga disebabkan oleh faktor sosial dan ekonomi. Walau bagaimanapun, perang tersebut bukan disebabkan oleh isu perlanunan. Berkaitan dengan perang yang berlaku pada era penjajahan Dinasti Brooke, kajian ini mendapati bahawa penduduk tempatan dan kerajaan Brooke telah mengemukakan sebab-sebab yang berbeza mengapa mereka berperang antara satu dengan lain. Pada umumnya, para pembesar dan pengikut-pengikut mereka melancarkan perang ke atas kerajaan Brooke kerana menentang penguasaan kerajaan Brooke ke atas mereka dan pada masa yang sama mereka mahu mempertahankan kebebasan dan 'status quo' serta memelihara adat resam dan cara hidup. Bagi kerajaan Brooke, James Brooke sering menggunakan kegiatan melanun sebagai alasan utama untuk melancarkan ekspedisi menghukum musuh-musuh politiknya dan golongan yang menentang kerajaan. Manakala Charles Brooke menggunakan alasan untuk menghapuskan amalan berburu kepala dan untuk mengwujudkan keamanan di Sarawak apabila melancarkan serangan ke atas ketua orang lban dan para pengikut mereka yang tinggal di hulu sungai yang masih engkar dan enggan tunduk kepada kerajaan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/4721
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPerang dan perlanunan di Sarawaken_US
dc.subjectpada era penjajahan abad ke-19.en_US
dc.titlePerang Dan Perlanunan Di Sarawak Pada Era Penjajahan Abad Ke-19en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: