Penggunaan Dan Kepuasan Facebook : Satu Kajian Kes Terhadap Mahasiswa Indonesia Di USM
Loading...
Date
2012
Authors
Bhakti, Sufri Eka
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini ingin melihat fenomena penggunaan dan kepuasan facebook dalam kalangan mahasiswa Indonesia di Malaysia. Selanjutnya, tesis ini berharap dapat mencari jawapan terhadap persoalan 1. mengenalpasti aktiviti mahasiswa Indonesia dalam menggunakan facebook, 2. menerokai tipologi penggunaan dan kepuasaan facebook dan 3. melihat kesan lain facebook. Kaedah kuantitatif dan kualitatif dijalankan untuk mengkaji dan menghuraikan tipologi facebook melalui satu pendekatan penggunaan dan kepuasaan. Kajian ini menggunakan teori uses and gratifications. Pemilihan responden kajian berdasarkan persampelan bertujuan (purposive sampling) mengikut kriteria: jantina, tahap pendidikan dan kekerapan menggunakan facebook. Proses pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik yang diserahkan kepada 155 orang mahasiswa PPIUSM (Persatuan Pelajar Indonesia – Universiti Sains Malaysia) melalui laman web: zoomerang.com dan surveymonkey.com sebagai portal soal selidik dalam talian. Kemudian, teknik temu bual dijalankan terhadap enam mahasiswa untuk melihat keberkesanan facebook. Penganalisaan data dilakukan dengan kaedah kuantitatif, yang selanjutnya digabungkan dalam satu tafsiran dan keterangan kualitatif temu bual. Berdasarkan hasil penyelidikan dapat disimpulkan bahawa 1. Kegunaan facebook terletak di tangan mahasiswa melalui beberapa aktiviti penting diantaranya mengubahsuai status dan tag info. 2. Berdasarkan hasil analisis kuantitaif terdapat empat tipologi iaitu: Maklumat, Hiburan, Interaksi Sosial dan Fungsi yang merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi mahasiswa dalam menggunakan facebook dan 3. Berdasarkan temu bual juga didapati motif penggunaan lain facebook yang didapati oleh mahasiswa Indonesia di USM antara lain kes penyalahgunaan.
Description
Keywords
Penggunaan dan kepuasan facebook , mahasiswa Indonesia di USM