Dasar Luar Indonesia Terhadap Malaysia: Kajian Kes Ambalat Dan Tenaga Kerja Indonesia (TKI)
Loading...
Date
2016-03
Authors
Ali Maksum
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tesis ini membincangkan dasar luar Indonesia terhadap Malaysia khasnya dalam kes Ambalat dan Tenaga Kerja Indonesia (TKI). Kajian ini penting kerana dasar luar Indonesia terhadap Malaysia menunjukkan satu perubahan dalam beberapa dekad kebelakangan. Perubahan tersebut berimpak kepada timbulnya ketegangan hubungan Indonesia-Malaysia terutama dalam kedua-dua kes. Secara amnya kajian ini ingin menjawab tiga persoalan penting iaitu (i) bagaimanakah perubahan dasar luar Indonesia terhadap Malaysia?; (ii) bagaimanakah dasar luar Indonesia terhadap Malaysia dalam kes Ambalat dan Tenaga Kerja Indonesia (TKI)?; (iii) bagaimanakah pengaruh struktur antarabangsa dalam menjelaskan perubahan corak dan tingkah laku dasar luar Indonesia terhadap Malaysia dalam isu Ambalat dan Tenaga Kerja Indonesia (TKI)?. Oleh kerana itu, dengan menggunakan teori Realisme Defensif, kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu (i) membincangkan corak dasar luar Indonesia terhadap Malaysia dalam konteks pembangunan hubungan dua hala Indonesia-Malaysia; (ii) menganalisis dasar luar Indonesia terhadap Malaysia dalam kes Ambalat dan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) dan faktor-faktor yang mempengaruhinya; (iii) menganalisis kesesuaian Realisme Defensif bagi menjelaskan dasar luar Indonesia terhadap Malaysia dalam isu Ambalat dan Tenaga Kerja Indonesia (TKI). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa suasana baru struktur politik antarabangsa selepas berakhirnya Perang Dingin mempengaruhi perubahan dasar luar Indonesia terhadap Malaysia dalam kedua-dua kes berkenaan.
Bagaimanapun, faktor lain seperti kepemimpinan, persaingan politik dalaman, sentimen nasionalisme dan provokasi media juga mempengaruhi sikap dan kelakuan dasar luar Indonesia terhadap Malaysia.
Kata kunci: dasar luar Indonesia, Realisme Defensif, Perang Dingin, struktur antarabangsa, Ambalat, Tenaga Kerja Indonesia (TKI)
Description
Keywords
Dasar luar Indonesia terhadap Malaysia , Tenaga Kerja Indonesia