Niat Menginap Di Hotel Yang Mengamalkan Konsep Amalan Hijau Di Pulau Langkawi

dc.contributor.authorSiraj, Armishah
dc.date.accessioned2019-09-03T00:45:35Z
dc.date.available2019-09-03T00:45:35Z
dc.date.issued2017-05
dc.description.abstractPenggunaan bangunan dan operasi adalah penyebab utama terhadap pelepasan karbon dan perubahan iklim dunia. Industri hotel, dengan pola penggunaan tenaga yang tidak terkecuali bersebabkan oleh penginap hotel yang sentiasa berubah juga daripada cabaran pemanasan global. Kebelakangan ini, pihak-pihak berkepentingan dalam industri, iaitu pemaju, pembina, dan perunding pembinaan hotel telah menerima hakikat bahawa banyak lagi yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kemampanan industri pembangunan perhotelan. Salah satu faktor yang mendorong perubahan sikap ini ialah peningkatan kesedaran dan kefahaman di kalangan pengunjung hotel yang berkonsepkan hijau. Kajian sebelum ini menunjukkan bahawa kebimbangan pengunjung mengenai alam sekitar telah merubah pemikiran kepada tingkah laku pengguna hotel dengan pertambahan penglibatan amalan hijau. Tujuan kajian ini adalah untuk menyiasat cadangan pelancong untuk menginap di hotel hijau di Pulau Langkawi. Teori kajian ini ialah teori tingkah laku terancang yang mempunyai tiga peramal, iaitu sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku dilihat untuk meramal niat kelakuan sebenar. Kajian ini menggunakan kaedah kaji selidik dan mengumpul data semasa pelancong menginap di Pulau Langkawi. Sebanyak 392 borang kaji selidik berjaya dikumpulkan. Analisis faktor, analisis kebolehpercayaan dan analisis regresi berganda menunjukkan bahawa semua tiga peramal (sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku dilihat) nyata sekali penting dan positif dan memberi kesan ke atas niat pengunjung hotel di Pulau Langkawi.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8764
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectNiat menginap di hotel yang mengamalkanen_US
dc.subjectkonsep amalan hijau di Pulau Langkawien_US
dc.titleNiat Menginap Di Hotel Yang Mengamalkan Konsep Amalan Hijau Di Pulau Langkawien_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: