Pengaruh Sikap, Norma Subjektif Dan Efikasi Kendiri Terhadap Domain Afektif Pengajaran Pendidikan Jasmani: Bimbingan Pensyarah Penyelia Sebagai Moderator

dc.contributor.authorChee, Pao Kam
dc.date.accessioned2018-01-25T07:10:56Z
dc.date.available2018-01-25T07:10:56Z
dc.date.issued2017-08
dc.description.abstractKajian ini bertujuan mengkaji penerapan domain afektif dalam kelas Pendidikan Jasmani dalam kalangan 220 guru praperkhidmatan semasa praktikum di sekolah-sekolah rendah yang terpilih di Malaysia. Tujuan kajian ini, khususnya meneroka sejauh mana pengaruh sikap, norma subjektif dan efikasi kendiri terhadap penerapan domain afektif dalam pengajaran Pendidikan Jasmani dalam kalangan guru praperkhidmatan. Kajian ini juga melihat keberkesanan peranan bimbingan pensyarah penyelia dalam membimbing guru-guru praperkhidmatan untuk memastikan domain afektif diberikan perhatian yang mencukupi semasa kelas Pendidikan Jasmani. Reka bentuk kajian adalah kaedah gabungan kuantitatif and kualitatif. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik. Item-item soalan diadaptasi daripada pelbagai sumber rujukan dimana Teori Tingkah Laku Terancang digunakan sebagai teori utama untuk mengukur konstruk yang diperlukan. Analisis regresi berganda dan Moderated Multiple Regression (MMR) digunakan untuk menganalisis data. Kaedah temu bual 6 orang guru praperkhidmatan dijalankan untuk menyokong data kuantitatif dan menjelaskan situasi sebenar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keempat-empat variabel mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap penerapan domain afektif dalam pengajaran Pendidikan Jasmani dalam kalangan guru praperkhidmatan IPG semasa praktikum. Variabel efikasi kendiri guru praperkhidmatan merupakan faktor yang paling dominan terhadap penerapan domain afektif dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa bimbingan penyelia pensyarah tidak mempunyai kesan moderator terhadap sikap dan efikasi kendiri guru praperkhidmatan dalam menyemai nilai afektif semasa menjalankan praktikum tetapi memainkan peranan moderator terhadap norma subjektif. Hal ini menunjukkan bahawa bimbingan pensyarah penyelia lebih cenderung kepada penilaian. Oleh itu, kajian ini mencadangkan bahawa kualiti penyeliaan pensyarah perlu ditingkatkan melalui kursus dalaman yang sistematik. Selain itu, kurikulum Pendidikan Jasmani di IPGM perlu dikaji semula untuk mengutamakan pengajaran konsep yang berkaitan dengan domain afektif.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5465
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPengaruh sikap, norma subjektif dan efikasi kendiri terhadapen_US
dc.subjectpenerapan domain afektif dalam pengajaran Pendidikan Jasmani.en_US
dc.titlePengaruh Sikap, Norma Subjektif Dan Efikasi Kendiri Terhadap Domain Afektif Pengajaran Pendidikan Jasmani: Bimbingan Pensyarah Penyelia Sebagai Moderatoren_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: