Fasiliti aksesibiliti bangunan : kajian persepsi daripada pengguna orang kurang upaya (OKU)

dc.contributor.authorAhmad Jeni, Mokhrizan
dc.date.accessioned2017-07-19T04:20:51Z
dc.date.available2017-07-19T04:20:51Z
dc.date.issued2004-10
dc.description.abstractPermasalahan aksesibiliti dan kemudahan bagi Orang Kurang Upaya bukanlah satu masalah baru, malah ianya telah lama wujud sejak sekian lama dan perkara-perkara ini seringkali diabaikan/kurang diambil perhatian. Namun begitu, kekurangan perhatian yang diberikan untuk mengatasi masalah ini telah menyebabkan ramai diantara golongan kurang upaya terpaksa menghadapi dan mengharungi kepayahan ketika mengikut pembelajaran dan urusan kehidupan seharian. Oleh yang demikian, untuk mengenalpasti bentuk-bentuk fasiliti ini, maka kajian akan dilakukan keatas Universiti Sains Malaysia, Kampus Induk Pulau Pinang amnya merangkumi Pusat-pusat pengajian, DesassiswaDesasiswa, Bangunan Pentadbiran Universiti dan kawasan-kawasan yang sering dikunjungi oleh orang kurang upaya dan dikaji sejauhmanakah perlaksanaannya dan tahap keberkesanan serta kepuasan yang diperolehi daripada aksesibiliti yang disediakan di dafam Universiti Sains Malaysia. Skop ini dikecilkan kepada Pusat Pengajian Tempatan sahaja memandangkan penulis merasakan ianya perlu diketengahkan dan pentingnya dokumentasi yang lengkap untuk membolehkan tindakan susulan diambil serta penambahbaikan yang berterusan dengan menggunakan sumber dan kepakaran yang ada. Ianya adalah sejajar dengan Piawaian Malaysia {MS 1184 : 1991 Code Of Practice For Acsess For Disabled People To Public) ada menyatakan tentang skop jenis bangunan yang terlibat dibawah fasal 1 (f) dimana salah satunya ialah Bangunan Pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/4206
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectOrang Kurang Upaya (OKU)en_US
dc.titleFasiliti aksesibiliti bangunan : kajian persepsi daripada pengguna orang kurang upaya (OKU)en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: