Kajian Penetapan Takwim Solat Pulau Pinang Menurut Ilmu Falak

Loading...
Thumbnail Image
Date
2011-08
Authors
Mohamad Sadali, Hardi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian berkaitan kaedah dan parameter hitungan waktu solat yang diamalkan merupakan satu kajian penting dalam bidang falak dan ianya dijalankan secara berterusan. Pengumpulan datadata berhubung kedudukan matahari dalam kajian ini amat penting dan menjadi rujukan penting pada masa akan datang. Kajian ini bertujuan menyemak takwim solat Negeri Pulau Pinang terbitan Jabatan Mufti negeri agar menepati maksud dan kehendak nas syarak. Kajian dilakukan di Pusat Falak Syeikh Tahir, Pulau Pinang bagi waktu-waktu Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Manakala kajian berhubung waktu Subuh dilakukan di dua lokasi terpilih iaitu Pantai Merang, Terengganu dan Pantai Cahaya Bulan, Kelantan. Kajian turut dibantu penggunaan beberapa alat pengukuran iaitu teodolit bagi kajian pengukuran bayang istiwā’ dan kajian pembiasan ufuk dan penggunaan alat 'sky quality meter' bagi kajian kecerahan langit. Kajian bagi tahun 2010 ini mendapati tiada perbezaan yang ketara antara waktu Zuhur dan Asar yang dipaparkan dalam takwim solat Pulau Pinang dengan hasil pengukuran bayang yang dijalankan. Kajian juga mendapati nilai biasan maksimum yang dicatatkan berhubung kaedah hitungan waktu Maghrib adalah sebanyak 32' minit arka, iaitu satu nilai yang lebih kecil berbanding amalan pada masa kini iaitu sebanyak 34' minit arka. Kajian turut mendapati langit menjadi gelap tanpa kesan cahaya matahari berlaku antara sudut turunan -17.3˚ hingga -19.2˚. Manakala kesan fajar berlaku pada kedudukan matahari antara -17.6˚ hingga -19.6˚. Berdasarkan nilai-nilai tersebut, kajian mendapati tidak wujudnya perbezaan yang ketara antara hasil kajian kecerahan langit ketika senja dan hasil kecerahan langit waktu pagi.
Description
Keywords
Takwim Solat , Ilmu Falak
Citation