Kearifan Tempatan Dalam Tadbir Urus: Kajian Kes Institusi Penggawa Di Daerah Bekelam, Kelantan

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-02
Authors
RAMLI, MOHD IZZUDDIN
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Tesis ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh kearifan tempatan terhadap tadbir urus institusi penggawa dengan memberi tumpuan khusus kepada institusi penggawa di daerah Bekelam negeri Kelantan. Bahagian awal tesis ini menjelaskan bahawa perubahan bentuk masyarakat dan politik yang berlaku di negara ini secara tidak langsung telah memberi kesan kepada keberadaan institusi penggawa. Institusi penggawa merupakan sebuah institusi tradisional yang telah diwarisi sejak zaman kesultanan Melayu lagi. Namun, ia tetap wujud sehingga ke hari ini sekalipun sedang berhadapan dengan cabaran-cabaran kemodenan. Pertanyaan mendasar dalam tesis ini adalah, pengekalan institusi penggawa ini adakah semata-mata dikekalkan sekadar sebuah formaliti ataupun masih diperlukan oleh masyarakat dan didokong oleh dimensi-dimensi kearifan tempatan. Penyelidikan ini merupakan sebuah penyelidikan berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah pengumpulan data kepustakaan serta temubual mendalam. Dengan menggunakan kerangka analisis tadbir urus dan kearifan tempatan, tesis ini mengemukakan beberapa penemuan penting. Pertama, kearifan tempatan dalam tadbir urus institusi penggawa hari ini tidak mengalami proses penghilangan ataupun kekal dalam bentuk yang lama, sebaliknya telah bersentuhan dan melalui proses penyesuaian dengan bentuk tadbir urus moden yang berpaksikan kepada konsep rasionaliti-birokratik. Kedua, kearifan tempatan memberi implikasi yang besar terhadap struktur, proses, mekanisme dan strategi institusi penggawa. Kewujudan kearifan tempatan dalam masyarakat di daerah Bekelam telah berfungsi sebagai pelincir ketika tadbir urus moden gagal untuk berinteraksi dengan dinamik masyarakat tempatan yang relatif tradisional.
Description
Keywords
Kearifan Tempatan Dalam Tadbir Urus , Kajian Kes Institusi Penggawa Di Daerah Bekelam, Kelantan
Citation