Reka Bentuk Pentas Dalam Falsafah Persembahan Wayang Kulit Kelantan

Loading...
Thumbnail Image
Date
2018-01
Authors
Amirrul, Azrul Azizi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Wayang kulit Kelantan adalah satu persembahan tradisional masyarakat Melayu. Persembahan wayang kulit Kelantan merupakan medium hiburan utama masyarakat Melayu tradisional hingga mencapai kemuncak penerimaannya pada awal tahun 60-an. Persembahan ini mempunyai unsur-unsur tradisional masyarakat melibatkan kepercayaan agama iaitu animisme, Hindu-Buddha dan Islam. Simbolik keagamaan Islam adalah tertumpu pada ilmu ketuhanan dan kerohanian. Setiap aspek persembahan saling berhubungan iaitu pendalangan, teks dan reka bentuk pentas mempunyai konotasi sistem kepercayaan agama masyarakat Melayu Kelantan. Namun, perkembangan zaman memberi kesan pada estetika dan apresiasi masyarakat kini terhadap persembahan wayang kulit Kelantan. Hubungan wayang kulit Kelantan dengan kepercayaan berunsur khurafat dan mistik menyebabkan berlaku kekangan dalam aspek persembahan. Penguatkuasaan undang-undang negeri Kelantan terhadap penghapusan unsur–unsur khurafat dalam wayang kulit Kelantan menyebabkan perkembangannya terhad di Gelanggang Seni Kota Bharu. Para dalang terlibat tidak lagi mampu mengadakan persembahan secara meluas. Hal ini menyebabkan berlaku kepupusan dalang dan kumpulan persembahan wayang kulit Kelantan. Para dalang aktif terpaksa melakukan penyesuaian terhadap keseluruhan aspek persembahan wayang kulit Kelantan. Tesis ini bertujuan untuk memahami kredibiliti wayang kulit Kelantan beradaptasi dengan zaman dalam memaparkan sikap dan kepercayaan hidup masyarakat moden. Proses ini melibatkan kajian terhadap keseluruhan reka bentuk pentas dalam wayang kulit Kelantan. Kedua, menganalisis perubahan reka bentuk pentas persembahan dan peranan dalang dalam reka bentuk wayang kulit Kelantan.
Description
Keywords
Reka bentuk pentas dalam persembahan , wayang kulit Kelantan
Citation