Motivasi Perjalanan Pelancong Jarak Jauh Antarabangsa Ke Pulau Pinang

dc.contributor.authorShahrin, Norkamaliah
dc.date.accessioned2018-01-11T02:31:17Z
dc.date.available2018-01-11T02:31:17Z
dc.date.issued2017-08
dc.description.abstractPerjalanan jarak jauh kini bukanlah menjadi satu penghalang kepada pelancong untuk melancong. Perjalanan jarak jauh semakin mendapat perhatian pelancong dalam memperolehi pengalaman baru dan unik. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti motivasi perjalanan pelancong jarak jauh antarabangsa ke Pulau Pinang. Terdapat empat objektif utama untuk kajian ini. Pertama, untuk mengenal pasti sosiodemografi dan ciri-ciri perjalanan pelancong jarak jauh antarabangsa ke Pulau Pinang. Kedua, untuk menentukan motivasi tolakan utama yang mendorong pelancong jarak jauh antarabangsa ke Pulau Pinang. Ketiga, untuk menentukan motivasi tarikan utama yang menarik perhatian pelancong jarak jauh antarabangsa ke Pulau Pinang. Keempat, untuk menilai perhubungan di antara sosiodemografi dan ciri-ciri perjalanan dan motivasi tolakan dan tarikan. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kuantitatif. Sebanyak 400 responden telah mengambil bahagian dalam soal selidik ini, yang dilakukan disekitar kawasan tarikan pelancongan di Pulau Pinang dengan menggunakan persampelan rawak berkelompok. Walau bagaimanapun, hanya 370 soal selidik digunakan untuk penyelidikan ini. Analisis data menggunakan perisian SPSS versi 22. Hasil penemuan mendapati, ‘mencari pengetahuan dan kebaharuan’ merupakan faktor tolakan utama yang membawa pelancong jarak jauh ke Pulau Pinang. Manakala, faktor tarikan utama pelancong jarak jauh antarabangsa ke Pulau Pinang adalah disebabkan ‘budaya dan sejarah’. Selain itu, terdapat perhubungan yang terus dan signifikan di antara sosiodemografi, ciri-ciri perjalanan dan motivasi perjalanan (faktor tolakan dan faktor tarikan). Secara keseluruhannya kajian ini telah mengenal pasti motivasi perjalanan pelancong jarak jauh ke Pulau Pinang berdasarkan kepada sosiodemografi, ciri-ciri perjalanan dan motivasi perjalanan. Kajian ini secara tidak langsung telah membantu dalam memahami pasaran perjalanan jarak jauh di Pulau Pinang khususnya dan Asia Tenggara.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5366
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectMotivasi perjalanan pelancong Jarak jauh antarabangsaen_US
dc.subjectke Pulau pinangen_US
dc.titleMotivasi Perjalanan Pelancong Jarak Jauh Antarabangsa Ke Pulau Pinangen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: