Hubungan Proses Kreatif Keterlibatan Dengan Pemasaran Dalam Talian: Satu Kajian Novel-Novel Popular Melayu
dc.contributor.author | Ghazali, Muhammad Nur Saiful | |
dc.date.accessioned | 2022-03-30T05:16:02Z | |
dc.date.available | 2022-03-30T05:16:02Z | |
dc.date.issued | 2020-05 | |
dc.description.abstract | Perkembangan teknologi digital telah mempengaruhi semua aspek dalam kehidupan manusia. Bidang kesusasteraan juga tidak terkecuali daripada menerima kesan ledakan perkembangan bidang ini sehingga mengubah proses penciptaan karya kesusasteraan. Namun begitu, tidak banyak kajian yang dijalankan oleh sarjana berkenaan penulisan gaya baharu novel popular Melayu yang berpunca daripada perkembangan bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Kajian ini mengkaji penggunaan teknologi digital oleh dua orang pengarang novel popular Melayu iaitu Wan Iman Wan Mohd Nazi dan Rosliza Abu Bakar. Selain itu, tesis ini juga mengenal pasti hubungan antara proses kreatif keterlibatan oleh pengarang-pengarang tersebut dengan menggunakan teori proses pembangunan produk baharu dalam konteks pemasaran dalam talian. Tiga kaedah kajian telah digunakan dalam kajian ini iaitu kaedah kepustakaan, temu bual dan carian Internet. Hasil daripada kajian mendapati bahawa proses kreatif keterlibatan yang digunakan oleh Wan Iman Wan Mohd Nazi dan Rosliza Abu bakar dalam penghasilan novel-novel mereka merupakan satu bentuk pemasaran dalam talian yang bertepatan dengan proses pembangunan produk baharu dalam pemasaran moden. Secara umumnya, kegiatan mengarang karya kesusasteraan kini tidak harus dikaji dari aspek kesusasteraannya sahaja, namun perlu mencakupi semua aspek seperti penggunaan media digital, pemasaran dan penjualan naskhah sastera dalam mendepani cabaran masa hadapan. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/14989 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Pemasaran Dalam Talian | en_US |
dc.subject | Novel-Novel Popular Melayu | en_US |
dc.title | Hubungan Proses Kreatif Keterlibatan Dengan Pemasaran Dalam Talian: Satu Kajian Novel-Novel Popular Melayu | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: