Rekabentuk Dan Perlaksanaan Alatan Maya Berasaskan Labview Dalam Mengukur Ciri-Ciri Bahan Magnet Lembut
Loading...
Date
2011-12
Authors
Mat Isa, Siti Salwa
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Penyelidikan ini berkaitan dengan rekaan dan pembuatan litar analog kos rendah untuk memperoleh ciri-ciri pemagnetan arus ulang alik (a.u) bahan magnet lembut. Penggunaan perisian LabView dalam pengukuran ciri bahan magnet merupakan kaedah yang lebih cepat, mudah dan berkos rendah berbanding dengan kaedah konvensional. Kajian ini juga membincangkan kaedah pengukuran ketumpatan fluks, keamatan medan magnet, kebolehtelapan teras dan kehilangan histeresis. Lilitan pada bahagian utama diujakan dengan voltan sinus yang berbeza amplitud dan gegelung sekunder disambung ke LabView. Keamatan medan magnet dan ketumpatan fluks diperoleh dengan kiraan berdasarkan nilai voltan teraruh pada kedua-dua bahagian teras gelang. Perbandingan keputusan ini dibuat pada graf lengkung B-H, gelung histeresis dan kehilangan histeresis Ph. Hasil perbandingan menunjukkan keputusan ujikaji mempunyai pola yang hampir sama dengan teori dan praktikal. Kajian ini membuktikan bahawa kaedah menggunakan alatan maya dan perisian LabView boleh digunakan sebagai medium untuk menentukan sifat bahan magnet lembut.
Description
Keywords
Rekabentuk dan perlaksanaan alatan maya berasaskan labview , dalam mengukur ciri-ciri bahan magnet lembut