Islam Dalam Adat Dan Budaya Masyarakat Aceh: Kajian Terhadap Usaha-Usaha Pertubuhan Muhammadiyah

Loading...
Thumbnail Image
Date
2016-09
Authors
Abdullah, M. Jakfar
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Aceh merupakan sebuah kerajaan Islam yang telah lama wujud di Alam Melayu. Namun demikian, terdapat banyak budaya Aceh yang tidak sesuai dengan asas akidah Islam dan menyimpang darinya. Amalan-amalan ini dianggap sebagai budaya orang Aceh yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi semenjak zaman dahulu dan ia telah menjadi tradisi. Pertubuhan Muhammadiyah, sebagai sebuah pertubuhan pembaharuan di Indonesia dan pertubuhan pergerakan dakwah amar makruf nahi mungkar telah mengambil inisiatif untuk memurnikan kepercayaan tersebut. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis penyimpangan budaya dan tradisi orang Aceh dan usaha-usaha Muhammadiyah dalam memurnikan asas akidah mereka. Metodologi kajian ini terdiri daripada gabungan kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian lapangan melibatkan metode temu bual dan pemerhatian. Kajian telah mendapati bahawa tradisi dan budaya masyarakat Aceh masih dipengaruhi sistem kepercayaan Hindu dan Buddha. Kajian turut mendapati bahawa Muhammadiyah telah gagal memurnikan akidah masyarakat Aceh dalam aspek budaya dan tradisi mereka. Kegagalan tersebut berpunca dari kesilapan dalam strategi dan metode dakwah yang diaplikasi oleh Pertubuhan Muhammadiyah. Usaha yang kuat dari golongan tua masyarakat Aceh dalam mempertahankan adat dan tradisi mereka juga merupakan salah satu punca kegagalan dalam memurnikan budaya dan adat mereka agar selari dengan ajaran Islam.
Description
Keywords
Islam Dalam Adat Dan Budaya , Masyarakat Aceh
Citation