Tahap Kesediaan Dan Penerimaan Sistem E-Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Program Pensiswazahan Guru

dc.contributor.authorHASHIM, HASNUL HISHAM
dc.date.accessioned2016-06-20T01:50:59Z
dc.date.available2016-06-20T01:50:59Z
dc.date.issued2015-09
dc.description.abstractE-pembelajaran telah banyak diaplikasikan dalam pelbagai peringkat sistem pendidikan. Namun begitu, adakah pelajar dari kalangan guru telah bersedia, dan apakah tahap penerimaan mereka terhadap sistem e-pembelajaran yang digunakan dalam program pengajian mereka? Kajian ini bertujuan mengukur tahap kesediaan dan penerimaan sistem e-pembelajaran di kalangan pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Tahap kesediaan e-pembelajaran dilihat dari aspek kemahiran TMK, pengetahuan, sikap dan amalan mereka. Sementara itu, tahap penerimaan mereka terhadap Portal Pembelajaran PPG diukur dari aspek jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial serta kemudahan dan perkhidmatan. Kajian ini menggunakan kaedah campuran melibatkan data kuantitatif dan data kualitatif. Dua soal selidik bagi mengukur tahap kesediaan dan penerimaan pelajar telah diedarkan kepada para pelajar PPG di mana seramai 285 orang pelajar telah memberikan maklum balas. Bagi temu bual kumpulan berfokus, dua kumpulan dengan 10 pelajar setiap satu telah dipilih, manakala sesi temubual individu pula melibatkan empat orang pensyarah PPG. Data daripada soal selidik dianalisis secara kuantitatif melibatkan kekerapan, peratus, median, min dan korelasi. Sebaliknya, data kualitatif dari temu bual dianalisis bagi mengenalpasti kategori, tema dan sub-sub tema bagi penerimaan e-pembelajaran mereka. Dapatan menunjukkan bahawa pelajar bersedia dari aspek pengetahuan (x : 3.55) dan sikap (x : 3.49) namun mereka tidak bersedia dari aspek kemahiran TMK (x : 2.63) dan amalan (x : 3.30). agi penerimaan Portal PPG pula aspek jangkaan prestasi adalah tinggi (x : 3.75) namun penerimaan mereka adalah pada tahap sederhana bagi aspek-aspek jangkaan usaha (x : 3.32) pengaruh sosial (x : 3.62) dan kemudahan serta perkhidmatan (x : 3.39). Analisis data korelasi secara keseluruhannya menunjukkan hubungan yang sangat lemah antara aspek-aspek kesediaan dengan aspek-aspek penerimaan portal e-pembelajaran. Berdasarkan temu bual, penerimaan informan terhadap Portal PPG dari aspek jangkaan prestasi menemukan empat kategori: (i) beberapa sumber dan aktiviti yang paling kerap dan berkesan kepada para pelajar telah dikenalpasti seperti muat turun sumber, modul dan tugasan, (ii) aspek komunikasi dan interaksi adalah kurang ketara antara pensyarah dan pelajar, (iii) informan memperoleh pelbagai kemahiran TMK, dan (iv) majoriti bersetuju bahawa Portal PPG sangat berkesan jika diaplikasi secara optimum. Dari aspek jangkaan usaha, majoriti merasakan Portal PPG perlu ditambahbaik dari aspek teknikal atau pun reka bentuk. Sementara itu, dari aspek pengaruh sosial, elemen pengaruh dan langkah proaktif dapat dikesan. Informan bersetuju bahawa pentadbir, para pensyarah dan rakan-rakan amat mempengaruhi niat menggunakan Portal PPG. Akhir sekali ialah aspek kemudahan dan perkhidmatan yang melibatkan tiga kategori iaitu peranan IPG, kemudahan dan usaha serta kerjasama. Informan berpendapat bahawa IPG perlu memainkan peranan yang lebih besar dari aspek penyediaan kemudahan infrastruktur. Majoriti informan bersetuju bahawa usaha dan kerjasama yang sangat baik diperoleh daripada pihak penyelaras portal dan teknikal. Dapatan penyelidikan ini diharap dapat membantu pihak-pihak yang terlibat dalam menyediakan sistem e-pembelajaran yang lebih efisien dan efektif serta membantu pembelajaran pelajar.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2138
dc.subjectTahap Kesediaan Dan Penerimaan Sistem E-Pembelajaranen_US
dc.subjectDalam Kalangan Pelajar Program Pensiswazahan Guruen_US
dc.titleTahap Kesediaan Dan Penerimaan Sistem E-Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Program Pensiswazahan Guruen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: