In-Vivo Induced Antigens Of Toxoplasma Gondii And Their Application In Diagnosis Of Human Toxoplasmosis
dc.contributor.author | AMERIZADEH, ATEFEH | |
dc.date.accessioned | 2016-03-30T07:04:17Z | |
dc.date.available | 2016-03-30T07:04:17Z | |
dc.date.issued | 2015-02 | |
dc.description.abstract | Toxoplasma gondii bertaburan secara meluas di seluruh dunia, dengan prevalens yang tinggi di kawasan tropika. Jangkitan primer oleh T.gondii dalam wanita hamil mungkin mengakibatkan jangkitan kongenital terhadap fetus, manakala pesakit jangkitan kronik dengan system imun terkompromi adalah berisiko tinggi untuk mengalami pengaktifan kembali penyakit tersebut di sepanjang kehidupan mereka. Diagnosis bagi toksoplasmosis biasanya dijalankan melalui pengesanan antibodi IgM dan IgG yang spesifik terhadap T.gondii. Kekurangan sensitiviti dalam kebanyakan ujian IgM (khususnya bagi jangkitan kongenital) dan isu spesifisiti dalam ujian-ujian IgG dan IgM adalah masih wujud. Oleh itu, kajian perlu dilakukan untuk mengenalpasti antigen T. gondii yang boleh meningkatkan ketepatan diagnosis bagi toksoplasmosis. Teknologi antigen aruhan in-vivo (IVIAT) adalah kaedah yang sesuai untuk mengesan antigen-antigen baru dengan nilai diagnostik, memandangkan antigen aruhan in-vivo dianggap berkait secara langsung dengan jangkitan manusia yang sebenar. Dalam kajian ini, IVIAT menggunakan saringan imun perpustakaan cDNA faj T. gondii dan prob IgG/IgM dijalankan menggunakan serum terjerap daripada pesakit yang mempunyai bukti serologi bagi jangkitan kronik dan akut. Penjerapan serum dilakukan menggunakan tiga persediaan antigen yang berbeza daripada setiap sel E.coli XL-1 Blue MRF’ dan T. gondii yang ditumbuhkan secara in-vitro | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/1785 | |
dc.subject | In-Vivo Induced Antigens Of Toxoplasma Gondii And Their Application | en_US |
dc.subject | In Diagnosis Of Human Toxoplasmosis | en_US |
dc.title | In-Vivo Induced Antigens Of Toxoplasma Gondii And Their Application In Diagnosis Of Human Toxoplasmosis | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: