Pembangunan sistem pemfermentasian substrat pepejal untuk penghasilan lipase dan kegunaannya untuk mensintesis ester terpena
dc.contributor.author | How, Shiao Pau | |
dc.date.accessioned | 2016-10-25T02:59:23Z | |
dc.date.available | 2016-10-25T02:59:23Z | |
dc.date.issued | 2005-06 | |
dc.description.abstract | Kajian ini bertujuan memilih mikroorganisma yang berupaya menghasilkan lipase melalui sistem pemfermentasian substrat pepejal untuk digunakan dalam tindak balas sintesis ester terpena. Oaripada sejumlah 44 jenis pencilan yang disaring, pencilan USM A 10 yang dikenalpasti sebagai Aspergillus flavus telah dipilih sebagai kulat yang berpotensi untuk menghasilkan lipase. Aktiviti lipase telah ditingkatkan dengan pengoptimuman parameter fizikal dan kimia di dalam sistem kelalang Erlenmeyer dan sistem dulang. Pengoptimuman penghasilan lipase .di dalam sistem kelalang. Erlen~ey~r yang berisipadu 250 ml menunjukkan keadaan pengkulturan optimum terdiri daripada 5.0 9 sekam padi .. dengan saiz 2.0 mm, 5.0 9 hampas kayu, 90% (i/b) kandungan air, 6% (i/b) minyak bijan, 0.15% (bIb) maltosa, 0.05% (bIb) NH4H2P04, 5 ml inokulum sp~ra dengan saiz 5 x 105 spora/ml yang dikulturkan selama 24 jam pad a suhu 28°C. Aktiviti lipase maksimum yang diperolehi adalah 7.00 ± 0.25 U/g substrat dengan pertumbuhan Aspergillus ffavus USM A 10 sebanyak 0.18 ± 0.01 mg glukosamina/g substrat. Kajian pengoptimuman ini telah meningkatkan penghasilan lipase sebanyak 50% dan tiada peningkatan dalam ~ertumbuhan kulat. Sementara itu, pengkulturan Aspergillus flavus USM A 10 pada sistem dulang yang bersaiz 297 mm x 200 mm x 60 mm pula mencapai penghasilan lipase maksimum sebanyak 2.12 ± 0.10 U/g substrat dan pertumbuhan 0.21 ± 0.01 mg glukosamina/g substrat selepas dikultur 96 jam pada suhu 30°C. Keadaan pengkulturan optimum terdiri daripada 100 9 sekam padi dengan saiz 2.00 mm, 100 9 hampas kayu, 100% (1/b) kandungan air, 100 ml inokulum sp~ra k.u lat dengansaiz 5 x 103 spora/ml, 6% (i/b) minyak bijan, 100 ml maltosa yang berpekatan 0.10% (bib), 100 ml NH4H2P04 yang berpekatan 0.04% (bIb) dan diaduk sekali setiap 24 jam. Oidapati pengadukan di dalam sistem dulang dengan kadar setiap 24 jam sekali berupaya meningkatkan aktiviti lipase berbanding dengan sistem pemfermentasian yang tidak diaduk ataupun diaduk dengan lebih kerap. Pengoptimuman penghasilan lipase dalam sistem dulang telah meningkatkan penghasilan sebanyak 400% berbanding dengan sebelum pengoptimuman. Pencirian lipase kasar daripada Aspergillus f1avus USM A 10 menunjukkan suhu dan pH optimum adalah pad a 40°C dan pH 7.0 masingmasing. Sementara itu, lipase yang dieram pada suhu 4°C menunjukkan kestabilan sehingga 120 minit, ia juga stabil dalam julat pH 6.5-B.0. Oi samping itu, penambahan A13+, Mg2+, Mn2+ dan Zn2+ telah meningkatkan aktiviti lipase sebanyak 200% hingga 725%. Penambahan EOTA pula merencatkan aktiviti lipase. Kesan penambahan surfaktan menunjukkan aktiviti lipase direncat sepenuhnya dengan penambahan Span BO pada kepekatan akhir 0.25% (b/i) dan dengan penambahan Tween 20, Tween 40, Tween BO, Span 20, Triton- X100 dan SOS pula, perencatan adalah dalam julat 15% - B7.5%. Selain itu, penggunaan triolein dan tributirin merupakan substrat yang paling sesuai dihidrolisiskan oleh lipase Aspergillus flavus USM A 10. Lipase ini juga men.unjukkan ciri kespesifikan kedudukan 1, 3 spesifik. Lipase kasar yang dihasilkan oleh· Aspergillus f1avus USM A 10 disejuk-bekukeringkan dan digunakan untuk mensintesis ester terpena. Alkohol terpena dan asid lemak yang sesuai untuk mensintesis ester terpena oleh lipase adalah geraniol dan asid butirik. Pengoptimuman ke atas sintesis geranil butirat menunjukkan, di bawah keadaan optimum 1.0 ml geraniol dan 0.50 ml asid butirik sebagai substrat,. 4 ml heptana sebagai pelarut, 1.25 9 penapis molekul, 0.25 9 serbuk lipase dengan aktiviti 4.33 U/g dan digoncang 200 rpm pada 37°C selama 24 jam, memberikan darjah esterifikasi sebanyak 96.30 ± 0.17% dan kandungan air 0.35 ± 0.08% berbanding dengan 55.50 ± 0.01 % darjah esterifikasi dan kandungan air 0.41 ± 0.02% sebelum pengoptimuman. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/2876 | |
dc.subject | Memilih mikroorganisma yang berupaya menghasilkan lipase | en_US |
dc.subject | melalui sistem pemfermentasian substrat pepejal | en_US |
dc.title | Pembangunan sistem pemfermentasian substrat pepejal untuk penghasilan lipase dan kegunaannya untuk mensintesis ester terpena | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: