Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Di Pulau Pinang

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-05
Authors
ABDULLAH, DARA NURSURAYA
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar, tahap kekerapan penggunaan bahan bantu mengajar serta masalah berhubung penggunaan dan penyediaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru pendidikan khas masalah pembelajaran di Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan reka bentuk gabungan (mixed method) yang menggabungkan kaedah kuantitatif yang dijalankan menggunakan soal selidik dan kaedah kualitatif yang dijalankan secara temu bual berstruktur. Instrumen soal selidik bagi kajian kuantitatif ini telah diedarkan kepada 181 orang guru pendidikan khas masalah pembelajaran manakala kaedah temu bual melibatkan seramai 6 orang guru pendidikan khas masalah pembelajaran. Data yang diperoleh melalui instrumen soal selidik ini telah dianalisis menggunakan perisian Statistic Package For Sosial Science (SPSS) versi 15 untuk mendapatkan kekerapan, min dan peratus. Penyelidik juga menggunakan analisis statistik ujian-t (t-test) dan Anova Sehala (One Way Anova) untuk menguji hipotesis yang dibentuk. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan tahap kemahiran penggunaan bahan bantu mengfajar dalam kalangan guru pendidikan khas masalah pembelajaran berdasarkan pengalaman mengajar serta terdapat perbezaan tahap kekerapan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru pendidikan khas masalah pembelajaran berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap kemahiran penggunaan dan penghasilan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru pendidikan khas masalah pembelajaran berada pada tahap tinggi. Manakala tahap kekerapan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru pendidikan masalah khas masalah pembelajaran pula berada pada tahap sederhana. Selain itu dapatan kajian menunjukkan masih lagi terdapat beberapa masalah yang wujud berhubung penggunaan dan penyediaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru pendidikan khas masalah pembelajaran. Justeru itu kerjasama dari pihak Bahagian Pendidikan Khas (BPK), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan sekolah amat penting bagi membantu meningkatkan lagi penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru pendidikan masalah pembelajaran semasa dalam proses pengajaran mereka.
Description
Keywords
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru Pendidikan Khas , Masalah Pembelajaran Di Pulau Pinang
Citation