Biosynthesis and Characterisation of Polyhydroxybutyrate [P(3HB)] Produced by Cupriavidus Necator H16 from Waste Cooking Oil
Loading...
Date
2015-02
Authors
Abd Razak, Hanisah Kamilah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Lambakan sisa plastik sintetik yang mencemarkan alam sekitar telah memberi
tekanan untuk menggunakan plastik boleh reput sebagai material alternatif.
Polihidroksialkanoat (PHA): Polihidroksibutirat [P(3HB)] mempunyai kelebihan
untuk reput secara semulajadi dan tidak membahayakan alam sekitar. Penghasilan
PHA daripada sumber karbon yang mahal atau bahan makanan (cth: minyak kelapa
sawit atau gula) telah membebankan perkembangan industri ini. Oleh itu,
penggunaan sisa minyak masak (WCO) sebagai sumber bahan mentah yang murah
dan boleh diperbaharui bersesuaian untuk digunakan dalam penghasilan P(3HB).
Sebelum analisis pencirian dan penghasilan P(3HB) daripada WCO, WCO
hendaklah dikumpul daripada komuniti tempatan. WCO daripada beberapa tempat
telah dianalisa secara proksimat dan fisikokimia sebelum proses biosintesis P(3HB)
menggunakan Cupriavidus necator H16 dijalankan. Minyak masak segar (FCO)
telah digunakan sebagai perbandingan. Analisa bagi komposisi pigmen, metil ester
asid lemak (FAME), suhu pencairan dan suhu kristal, asid lemak bebas (FFA), dan
nilai iodin (IV) memberikan perbezaan antara WCO dan FCO. Keputusan
menunjukkan semua bahan sampingan dalam sampel-sampel WCO mempunyai
kadar yang lebih tinggi berbanding FCO. Ini adalah berikutan reaksi yang telah
berlaku dalam proses penggorengan.
Description
Keywords
Polyhydroxybutyrate [P(3HB)] , Waste Cooking Oil