Pengetahuan Berkaitan Hiv/Aids Dan Sistem Sokongan Sosial Yang Diterima Oleh Golongan Belia Transgender Di Pulau Pinang

dc.contributor.authorVADEVELU, KUMARASHWARAN
dc.date.accessioned2016-06-09T06:56:38Z
dc.date.available2016-06-09T06:56:38Z
dc.date.issued2015-08
dc.description.abstractPenyelidikan kualitatif ini bertujuan menganalisis pengetahuan berkaitan HIV/AIDS dan sistem sokongan sosial yang diterima oleh golongan belia transgender di Pulau Pinang. Penyelidikan kualitatif ini melibatkan 18 orang responden, dimana 50 peratus daripada responden bekerja sebagai pekerja seks akibat stigma dan diskriminasi oleh masyarakat tempatan sebagai sumber pendapatan bagi menampung kehidupan seharian. Majoriti responden kurang mempunyai pengetahuan terhadap isu-isu yang berkaitan HIV/AIDS. Majoriti responden juga tidak mengamalkan penggunaan kondom secara konsisten semasa melakukan hubungan seksual dengan pasangan mereka. Akibat daripada amalan ini, responden yang bekerja sebagai pekerja seks serta tidak mengetahui status HIV/AIDS mereka berisiko tinggi untuk dijangkiti dan menjangkiti HIV/AIDS. Hasil kajian mendapati responden sering mengalami kesukaran mendapat sokongan sosial daripada keluarga dan masyarakat setempat kerana gaya hidup yang bertentangan dengan agama, etnik dan budaya masyarakat Malaysia. Kurangnya peluang pekerjaan, akses terhadap perkhidmatan sosial yang terhad serta kurangnya sokongan sosial daripada keluarga, kesemuanya telah menjejaskan kefungsian sosial responden ke arah mencapai kesejahteraan hidup. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar semua pihak termasuk kerajaan, badan swasta dan badan-badan bukan kerajaan untuk terus menyediakan perkhidmatan sosial berbentuk penyebaran maklumat atau pengetahuan berkaitan HIV/AIDS bagi membantu golongan belia tansgender berhadapan dengan cabaran kehidupan yang lebih positif.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2083
dc.subjectPengetahuan Berkaitan Hiv/Aids Dan Sistem Sokongan Sosial Yang Diterimaen_US
dc.subjectOleh Golongan Belia Transgender Di Pulau Pinangen_US
dc.titlePengetahuan Berkaitan Hiv/Aids Dan Sistem Sokongan Sosial Yang Diterima Oleh Golongan Belia Transgender Di Pulau Pinangen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: