Kepimpinan Melayu : Satu Kajian Di Pulau Pinang

dc.contributor.authorSaad, Muhamad Farid
dc.date.accessioned2018-01-15T02:20:48Z
dc.date.available2018-01-15T02:20:48Z
dc.date.issued2017-08
dc.description.abstractKajian ini adalah satu kajian mengenai kepimpinan Melayu di Pulau Pinang yang melatarkan perjuangan orang-orang Melayu sebagai kaum minoriti berbanding dengan bukan Melayu termasuk kaum Cina dan India. Usaha memperkasa pemimpin, kepimpinan dan kepemimpinan Melayu di negeri ini menuntut orang Melayu memahami sejarah perjuangan, cabaran masa lalu dan masa kini dalam konteks politik, ekonomi dan sosial. Lantaran itu, perlu ada pendekatan dan ciri kepimpinan pemimpin Melayu baru dalam membentuk formula, struktur dan strategi untuk menguatkan bangsa Melayu dalam menghadapi cabaran politik semasa di Pulau Pinang. Karisma dan kriteria kepimpinan yang dipilih harus mampu menentukan hala tuju dan dinamika politik Pulau Pinang. Oleh itu, perlu ada pencorakan baharu dalam pembinaan masa depan Melayu di Pulau Pinang. Kajian ini meletakkan tiga objektif iaitu mengkaji dan mengupas sejarah kepimpinan Melayu Pulau Pinang, mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kepimpinan Melayu Pulau Pinang, mengenalpasti ciri-ciri dan kepelbagaian sifat kepimpinan Melayu Pulau Pinang, dan juga menganalisis hala tuju masa hadapan kepimpinan Melayu dan kelangsungan orang-orang Melayu Pulau Pinang. Kajian ini mengunakan kombinasi metodologi kuantitatif dan kualitatif bagi mengumpul data primer dan sekunder bagi mendapatkan naratif yang bertepatan mengenai pemimpin, kepimpinan dan kepemimpinan Melayu di Pulau Pinang. Soal-selidik melibatkan 1800 orang responden dan temubual bersama 15 orang individu secara persampelan bertujuan dan sukarela telah dijalankan. Hasil Kajian mendapati keperluan kepada seorang pemimpin yang bersih dan berwibawa serta berkebolehan membawa pencorakan baharu dalam pembinaan masa depan Melayu Pulau Pinang amat kritikal. Karisma pemimpin yang mempunyai kriteria civic engagement atau penglibatan sivik yang membawa sifat aktivis adalah penemuan konsep hybrid dalam pemimpin, kepimpinan dan kepemimpinan baharu yang dikira praktikal untuk mengubah lanskap politik Melayu di Pulau Pinang.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5382
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKepimpinan Melayu di Pulau Pinangen_US
dc.subjectmelatarkan perjuangan orang-orang Melayuen_US
dc.titleKepimpinan Melayu : Satu Kajian Di Pulau Pinangen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: