Rekabentuk dan perlaksanaan terminal VoIP
Loading...
Date
2004-06
Authors
Romli, Muhamad Asmi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Teknologi komunikasi berkembang pesat bermula dengan penciptaan telefon pertama
pada tahun 1876 hinggalah kepada pengenalan sistem jalur lebar tanpa wayar hari ini.
Keupayaan yang semakin meningkat ini bergerak seiring dengan penambahan kualiti
dan penurunan kos perhubungan. Kebelakangan ini suara yang berbentuk analog telah
diubah ke bentuk digital dan dihantar menerusi internet berlandaskan teknologi Voice
over Internet Protocol (VolP). Walau bagaimanapun pengenalan teknologi ini gaga!
diiringi sepenuhnya disebabkan ketidaksesuaian dan kos prasarana. Penggantian
komputer peribadi yang melibatkan capaian internet dengan sistem terbenam yang lebih
ekonomikal, spesifik dan ringkas dilihat merupakan langkah penyelesaian. Namun
begitu hingga hari ini sistem ini gagal disediakan dengan sebaik mungkin. Maka dengan
itu, satu rekabentuk sistem terbenam yang memenuhi sifat masa nyata dan
berkeboleharapan tip.ggi diperkenalkan. Langkah rekabentuk dimulakan dengan
pemahaman kitar hayat produk dan seterusnya teknik verifikasi rekabentuk diikuti
langkah demi langkah. Proses ujian pula melibatkan ujian bakaran, statistik pengiraan
komponen, pengiraan sifat masa nyata dan perbandingan koso Hasil.daripada kajian ini
dapat dibentuk satu sistem terbenam yang dijangkakan dapat menandingi hayat
teknologi VolP dan memenuhi dua kali ganda keperluan spesifikasi masa nyata. Selain
itu juga kos pem~angan sistem hanYalah sekitar 116 daripada kos sistem di pasaran.
Description
Keywords
Suara yang berbentuk analog telah diubah ke bentuk digital , berlandaskan teknologi Voice over Internet Protocol (VolP).