Hubungan Antara Tekanan Hidup, Sumber Sosial, Kemahiran Daya Tindak Dan Kesejahteraan Spiritual Dengan Penghargaan Kendiri Remaja Ponteng

dc.contributor.authorChe Hashim, Rohani
dc.date.accessioned2017-01-19T08:26:30Z
dc.date.available2017-01-19T08:26:30Z
dc.date.issued2016-03
dc.description.abstractKajian ini adalah untuk menentukan hubungan dan pengaruh tekanan hidup, sumber sosial, kemahiran daya tindak dan kesejahteraan spiritual terhadap penghargaan kendiri remaja ponteng. Pengaruh kesejahteraan spiritual sebagai faktor pengantara tekanan hidup, sumber sosial, kemahiran daya tindak dan penghargaan kendiri juga dikaji. Reka bentuk kajian adalah kajian kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 400 orang remaja ponteng yang telah dipilih secara rawak bertujuan dari tiga buah negeri di utara Semenanjung Malaysia. Mereka terdiri daripada 200 responden dalam kalangan remaja ponteng di lokasi bandar dan 200 responden lagi terdiri daripada remaja ponteng di lokasi luar bandar. Remaja ponteng lelaki yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 249 orang (63.3%) manakala remaja ponteng perempuan pula seramai 151 orang (37.8%). Remaja ponteng telah di pilih dari negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis melibatkan 20 buah sekolah. Sampel telah melengkapkan Inventori Tekanan Hidup dan Sumber Sosial bagi Remaja, Inventori Daya Tindak Bagi Keadaan Ketegangan, Inventori Penghargaan Kendiri Rosenberg dan Instrumen Skala Kesejahteraan Spiritual. Keputusan tahap kesemua variabel dan sub variabel tekanan hidup, sumber sosial, peristiwa, kemahiran daya tindak, kesejahteraan spiritual dan penghargaan kendiri berada pada tahap rendah dan sederhana. Keputusan ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan tekanan hidup, kemahiran daya tindak dan penghargaan kendiri tetapi terdapat perbezaan sumber sosial dan kesejahteraan spiritual remaja ponteng mengikut lokasi bandar dan luar bandar. Keputusan ujian-t menurut jantina pula menunjukkan terdapat perbezaan tekanan hidup, sumber sosial, peristiwa hidup negatif dan kesejahteraan spiritual manakala peristiwa hidup positif, kemahiran daya tindak dan penghargaan kendiri tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Keputusan ujian-t mengikut kumpulan tingkatan pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan sumber sosial, kemahiran daya tindak, peristiwa hidup positif, kesejahteraan spiritual dan penghargaan kendiri. Namun terdapat perbezaan peristiwa hidup negatif dan tekanan hidup dalam kalangan remaja ponteng. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara semua variabel yang diuji tetapi tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan hidup dengan peristiwa hidup positif dan dengan kesejahteraan spiritual, serta peristiwa hidup negatif dengan kesejahteraan spiritual. Analisis regresi pelbagai pula menunjukkan tekanan hidup, sumber sosial, peristiwa hidup negatif, peristiwa hidup positif, kemahiran daya tindak, kesejahteraan spiritual memberi pengaruh kepada penghargaan kendiri remaja ponteng. Kesejahteraan spiritual didapati memberi pengaruh yang paling kuat terhadap pembentukan penghargaan kendiri remaja ponteng. Namun demikian, kesejahteraan spiritual terbukti tidak memberi pengaruh sebagai variabel pengantara terhadap hubungan dengan tekanan hidup, sumber sosial, kemahiran daya tindak dan penghargaan kendiri. Pihak yang terlibat dengan remaja ponteng perlu melaksanakan intervensi yang bersesuaian dengan keperluan remaja ponteng dengan mengambil kira semua aspek yang telah diuji untuk mengurangkan tingkah laku ponteng remaja sekolah. Kajian kualitatif dicadangkan pada masa akan datang untuk mengkaji pemasalahan ponteng dengan lebih mendalam dengan mengambil kira pendapat ibu bapa dan pihak yang terlibat dengan remaja ponteng.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3510
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectRemaja ponteng sekolahen_US
dc.titleHubungan Antara Tekanan Hidup, Sumber Sosial, Kemahiran Daya Tindak Dan Kesejahteraan Spiritual Dengan Penghargaan Kendiri Remaja Pontengen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: