Hubungkait Amalan Suluk, Kewarakan, Kecekapan Mengurus Enam Tenaga Asas Dengan Kesejahteraan Psikologi Dalam Kalangan Para Salik Tarekat Naqsyabandiyah Dan Bukan Salik

dc.contributor.authorSutatminingsih, Raras
dc.date.accessioned2017-02-03T09:00:12Z
dc.date.available2017-02-03T09:00:12Z
dc.date.issued2016-08
dc.description.abstractPenyelidikan ini mengkaji hubung kait antara amalan suluk, kewarakan, kecekapan mengurus Enam Tenaga Asas, dengan kesejahteraan psikologi kalangan salik yang mengamalkan suluk di Tarekat Naqsyabandiyah dan orang yang bukan salik. Penyelidikan ini menggunakan kaedah campuran antara kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Subjek kajian terdiri daripada penduduk Islam di kota Medan. Mereka terdiri daripada penduduk berumur antara 40 hingga 59 tahun yang pernah mengamalkan suluk dan yang tidak pernah mengamalkan suluk di Tarekat Naqsyabandiyah. Data kuantitatif dikumpulkan menggunakan soal selidik tentang kewarakan, kecekapan mengurus Enam Tenaga Asas dan kesejahteraan psikologi. Sampel kajian terdiri daripada 200 salik dan 200 bukan salik. Data kualitatif dikumpulkan melalui temu bual dengan tujuh orang peserta salik dan tujuh orang peserta bukan salik. Analisis data kuantitatif dilakukan menggunakan teknik regresi linear mudah dan berganda. Dapatan daripada analisis data kuantitatif menunjukkan bahawa amalan suluk berhubungan positif dengan kesejahteraan psikologi dan kesemua aspeknya. Dapatan kedua menunjukkan bahawa umur memoderasi hubungan antara amalan suluk dengan kesejahteraan psikologi. Sebaliknya, gender, status perkahwinan, pendidikan, status pekerjaan, kekerapan suluk dan masa suluk terakhir tidak menyederhanakan hubungan antara amalan suluk dengan kesejahteraan psikologi. Ketiga, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kewarakan menjadi pengantara kepada hubungan amalan suluk dengan kesejahteraan psikologi dalam kesemua aspeknya. Seterusnya, dapatan keempat menunjukkan bahawa kecekapan mengurus Enam Tenaga Asas menjadi pengantara kepada hubungan amalan suluk dengan kesejahteraan psikologi dalam aspek autonomi, pertumbuhan peribadi, tujuan hidup, dan penerimaan diri. Sebaliknya, kecekapan mengurus Enam Tenaga Asas tidak menjadi pengantara kepada aspek penguasaan persekitaran dan hubungan positif dengan orang lain dalam aspek kesejahteraan psikologi. Dapatan kajian analisis kualitatif pula menunjukkan bahawa pertama, kalangan salik dan bukan salik mempunyai kewarakan intrinsik. Kedua, pengurusan tenaga fizikal mempunyai kesan konstruktif dan kesan destruktif ke atas mereka yang salik dan yang bukan salik. Seterusnya, pengurusan tenaga kenalurian, tenaga intelektual, tenaga emosi, dan transendental mempunyai kesan konstruktif ke atas mereka. Sementara itu, pengurusan tenaga spiritual pula mempunyai kesan konstruktif ke atas kumpulan salik, tetapi mempunyai kesan konstruktif dan destruktif kepada mereka yang bukan salik. Dapatan ketiga menunjukkan bahawa kesemua aspek kesejahteraan psikologi mempunyai kesan positif ke atas kumpulan salik, tetapi mempunyai pengaruh positif dan negatif ke atas mereka yang bukan salik.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3668
dc.subjectKecekapan mengurus enam tenaga asas dengan kesejahteraan psikologien_US
dc.subjectdalam kalangan para salik tarekat naqsyabandiyah dan bukan salik.en_US
dc.titleHubungkait Amalan Suluk, Kewarakan, Kecekapan Mengurus Enam Tenaga Asas Dengan Kesejahteraan Psikologi Dalam Kalangan Para Salik Tarekat Naqsyabandiyah Dan Bukan Saliken_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: