Kesan Video Bernarasi Dalam Pembelajaran Berasaskan Multimedia Untuk Meningkatkan Kemahiran Psikomotor Bagi Pelajar Yang Berbeza Kebolehan Spatial Dan Jantina

Loading...
Thumbnail Image
Date
2014-05
Authors
ABDUL RAHMAN, ABDULLAH
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk menyelidik tentang kesan penggunaan video bernarasi dalam pembelajaran berasaskan multimedia untuk meningkatkan tahap pencapaian dan kecekapan psikomotor bagi pelajar yang berbeza kebolehan spatial dan jantina. Kajian yang dijalankan ini menggunakan Reka Bentuk Faktoral 2 x 3 Kuasi Eksperimen bertujuan untuk melihat keberkesanan dan kesan interaksi reka bentuk koswer berbentuk laman web menggunakan dua mod penyampaian iaitu Mod 1 video - paparan teks tanpa suara (V-PT) dan Mod 2 video - paparan teks bersuara (V-NT) sebagai pembolehubah tidak bersandar. Penyelidikan ini melibatkan Kumpulan Eksperimen 1 (Mod 1) dan Kumpulan Eksperimen 2 (Mod 2) melalui Ujian Pra dan Ujian Pos. Sampel kajian didedahkan dengan dua mod penyampaian tersebut untuk melihat peningkatan pencapaian dan kecekapan psikomotor pelajar iaitu pembolehubah bersandar. Perbezaan kebolehan spatial dan jantina adalah pembolehubah moderator. Sampel kajian terdiri daripada 240 pelajar tingkatan tiga dari empat buah sekolah di Perlis dan Kedah yang mempunyai kemudahan makmal komputer. Analisis MANOVA dalam dapatan kajian ini menunjukkan bahawa koswer pembelajaran berbantukan komputer berbentuk laman web yang menggunakan mod penyampaian Mod 2 video - paparan teks bersuara (V-NT) memberi keberkesanan dan kesan interaksi secara signifikan dalam peningkatan markat serta tahap pencapaian dan penguasaan psikomotor dalam kalangan pelajar pelbagai tahap kebolehan spatial manakala jantina bukanlah faktor mempengaruhi kepada pembolehubah tidak bersandar.
Description
Keywords
Kesan Video Bernarasi Dalam Pembelajaran Berasaskan Multimedia Untuk Meningkatkan Kemahiran , Psikomotor Bagi Pelajar Yang Berbeza Kebolehan Spatial Dan Jantina
Citation