Praktis jururawat mengendalikan suhu inkubator dan perbandingan suhu dengan "recommended neutral thermal environment temperature"
Loading...
Date
2003
Authors
Mohamed, Norzihan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
Abstract
Normal suhu persekitaran atau 'neutral thermal environment' (NTE) boleh
didefinisikan sebagai suhu persekitaran bayi di mana kadar metabolik yang
sangat minima dan termoregulasi dicapai tidak secara evaporasi. Termoregulasi
berupaya untuk mengimbangi kepanasan dan kesejukan penghasilan haba dan
kehilangan haba bagi mencapai suhu badan yang normal. Proses begini sangat
terhad bagi bayi yang baru dilahirkan terutamanya bayi yang pramatang.
Tujuan kajian ini ialah untuk menilai samaada suhu di dalam inkubator tertutup
bersesuaian dengan suhu yang di cadangkan (NTE). Juga samada praktis harian
di wad NICU telah menepati dengan cadangan suhu tersebut.
Kajian ini berbentuk diskriptif dan lokasi kajian di lakukan di NICU di HUSM dan
HKB. Pemilihan subjek seramai 30 orang. Merupakan bayi yang pramatang.
Mereka sedang dirawat didalam inkubator tertutup dan mempunyai berat badan
kurang dari 1 ,500 gram.
Segala data yang diperolihi di analisa dengan mengunakan "Pearson Corelation"
dan didapati P bersamaan dengan 0.88. Keputusan ini menggambarkan bahawa
kedua dua hospital telah mengamalkan praktis yang memuaskan.
Description
Keywords
Obstetrics