Kajian Ke Atas Aktiviti Antikandida Daripada Ekstrak Alga Marin, Gracilaria Manilaensis
Loading...
Date
2005-11
Authors
Lim, Kok Weng
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian aktiviti antimikrob alga marin tempatan, terutamanya Gracilaria manilaensis terhadap mikroorganisma telah dilakukan. Sejumlah 10 spesies
alga telah diekstrak dengan pelarut metanokkloroform (1:1), iaitu Caulerpa lertillifera, Caulerpa serrulata, Enteromorpha sp., Padina sp., Sargassum sp.,
Acauthophora sp., Gracilaria salicornia, Gracilaria changii, Gracilaria edulis dan
Gracilaria manilaensis. Kajian penyaringan aktiviti antimikrob daripada pelbagai
alga marin tempatan dengan menggunakan kaedah peresapan agar telah
menunjukkan bahawa 73% alga marin yang dikaji mempunyai aktiviti
antimikrob. Gracilaria manilaensis didapati mempamerkan spektrum aktiviti
antimikrob yang luas dalam menentang mikroorganisma ujian.
Description
Keywords
Antikandida , Alga Marin