Sifat-Sifat Anatomi Dan Kimia Kayu Getah Juvenil (Hevea Brasiliensis) Klon Lateks Balak Rrim 2009 Dan Rrim 2024

dc.contributor.authorAhmad Zaki, Junaiza
dc.date.accessioned2018-10-19T07:46:40Z
dc.date.available2018-10-19T07:46:40Z
dc.date.issued2010
dc.description.abstractDi Malaysia, kayu getah (Hevea brasiliensis) telah menjadi salah satu bahan asas yang penting dan mendapat permintaan yang tinggi di dalam industri yang berasaskan kayu. Oleh itu, Lembaga getah Malaysia (LGM) telah memperkenalkan klon-klon lateks balak untuk menampung kekurangan bekalan kayu getah. Namun begitu, maklumat mengenainya masih lagi terhad terutama yang berkaitan dengan kesan umur dan klon yang berbeza. Dalam kajian ini, dua aspek yang dikaji adalah berkenaan dengan ciri-ciri anatomi dan komposisi kimia terhadap ketinggian pokok dan jarak dari kulit ke empulur untuk dua jenis klon lateks balak yang berbeza (RRIM 2009 dan RRIM 2024) pada umur yang sama iaitu lingkungan 3 hingga 4 tahun. Keputusan bagi kepadatan dan diameter vesel menunjukkan bahawa faktor klon dan jarak dari kulit ke empulur tiada perbezaan yang signifikan kecuali pada ketinggian pokok di mana bahagian atas mencatatkan kepadatan vesel yang tinggi dan bahagian bawah pula mencatatkan diameter vesel yang tinggi kerana kedua-duanya saling berkait antara satu dengan yang lain. Dari sudut keliangan, klon RRIM 2024 menunjukkan nilai yang lebih tinggi berbanding klon RRIM 2009.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/6823
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKimia Kayu Getah Juvenil (Hevea Brasiliensis)en_US
dc.subjectLateks Balak Rrim 2009 Dan Rrim 2024en_US
dc.titleSifat-Sifat Anatomi Dan Kimia Kayu Getah Juvenil (Hevea Brasiliensis) Klon Lateks Balak Rrim 2009 Dan Rrim 2024en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: