Citra Wira Rakyat dalam lagenda Mat Salleh

Loading...
Thumbnail Image
Date
1999-01
Authors
Low, Kok On
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Dalam tempoh ( 1894 - 1900) pemerintahan Kompeni Berpiagam Borneo Utara (KBBU) di Sabah, Mat Salleh telah dicap oleh pihak berkuasa KBBU sebagai ketua pemberontak yang paling menggerunkan. Dalam tempoh tersebut, apabila berlaku sahaja kes pembunuhan atau perompakan di Borneo Utara (Sabah); pihak polis KBBU akan mengaitkan insiden tersebut dengan angkara Mat Salleh. Imej buruk Mat Salleh ini kemudiannya disebar dan diturunkan kepada generasi penduduk tempatan Sabah. Hal ini disebabkan sejarah Mat Salleh yang ditulis oleh sejarawan (sama ada sejarawan tempatan atau sejarawan Barat) kebanyakannya adalah berdasarkan laporan atau catatan pihak pentadbir KBBU yang sememangnya tidak memihak kepada penentang dasar kerajaan seperti Mat Salle h. K. G Tregonning ( 1956 : 20) umpamanya menggambarkan Mat Salleh sebagai ... a proud, fiery and commanding personality and all the colourful and warlike characteristics of his ancestors, as well as their dislike of authority ... Kemudian, timbul pula kesedaran di kalangan pemimpin dan penduduk tempatan Sabah untuk memberikan persepsi yang lebih adil terhadap imej Mat Salleh yang sebenarnya. Tun Datu Mustapha bin Datu Harun (bekas Ketua Menteri Sabah), umpamanya menekankan pendiriannya dalam akhbar Harlan Ekspress (24 Januari 1970 : 5) bahawa kita perlu membetulkan salah tanggapan dalam catatan sejarah terhadap Mat Salleh. Selain itu, dua orang penulis tempatan, yakni Cecilia Leong dalam bukunya yang berjudul Sabah The First Hundred Years ( 1982) dan RM Jasni dalam bukunya yang berjudul Pemberontakan Pahlawan Mat Salleh (1981) menyatakan bahawa sudut pandangan orang tempatan yang lebih adil dan eimbang patut diberikan kepada Mat Salleh. Demi mengimbangi pandangan yang dianggap berat sebelah oleh penduduk tempatan terhadap Mat Salleh sebagaimana yang telah dilakukan oleh pihak KBBU, kita perlu mendalami kefahaman kita terhadap ketokohan Mat Salleh melalui kaedah kajian sastera rakyat. Dengan mendalami dan memahami persepsi penduduk tempatan terhadap Mtat Salleh, maka secara langsung atau tidak langsung seseorang akan memahami persepsi penduduk tempatan yang sebenarnya terhadap ketokohan Mat Salleh pula. Untuk keperluan tersebut, saya perlu mengumpul dan mendokumentasikan kisah legenda Mat Salleh yang masih disampaikan secara lisan di kalangan penduduk tempatan di Sabah. Tindakan ini bukan sahaja tidak pernah dibuat oleh sesiapa setakat ini bahkan alangkah sayangnya jika kisah legenda Mat Salleh yang masih didukung oleh warga tua di Sabah itu hilang dengan pemergian warga tua pada suatu hari nanti. Dengan mengumpul, mendokumentasikan kisah legenda Mat Salleh secara verbatim dan kemudian membuat analisis struktural atasnya; imej wira Mat Salleh telah ditonjolkan. Didapati Mat Salleh bukan sahaja dianggap sebagai wira pelbagai suku kaum di Sabah bahkan telah diangkat sebagai tokoh legenda kerana dipercayai beliau memiliki sifat 'super-human' seperti "kekebalan" dan "kekuatan fizikal yang luar biasa". Secara keseluruhannya, kedudukan Mat SaUeh setanding dengan wira legenda tanah air lain seperti Tok Janggut (Kelantan), Panglima Nayan (Kedah), Badang (Melaka) dan wira legenda asing seperti Achilles (Greek), Cuchulainn (Indo-Jerman), Rustam (Iran) dan Chih Kong (China). Pengaruh Mat Salleh atas kepercayaan penduduk tempatan Sabah yang kuat turut menyebabkan terciptanya beberapa cerita asal usul berdasarkan objek atau tanda alam yang berkait rapat dengan perjuangannya sehingga ke hari ini.
Description
Keywords
Legenda Mat Salleh
Citation