Pengetahuan Dan Tingkah Laku Pengguna Dadah Secara Suntikan (IDU) Yang Mengikut Program Pertukaran Jarum Dan Alat Suntikan (NSEP) Di Pulau Pinang

Loading...
Thumbnail Image
Date
2017-07
Authors
Abu Hassan, Mohd. Syaiful Nizam
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian kualitatif ini dijalankan bagi meningkatkan tahap kualiti dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan dalam Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan (NSEP) kepada pengguna dadah secara suntikan (IDU). Objektif kajian ini meliputi: (1) mengenal pasti ciri-ciri sosiodemografi IDU yang terlibat dalam NSEP; (2) meneroka pengetahuan IDU yang terlibat dalam NSEP berkaitan HIV/AIDS, HCV, VCT dan NSEP; (3) meneroka bentuk tingkah laku IDU yang terlibat dalam NSEP berkaitan dengan tingkah laku suntikan dan tingkah laku hubungan seks; (4) menganalisis halangan dan cabaran IDU dalam mengamalkan tingkah laku pengurangan risiko; dan (5) mencadangkan strategi atau peranan yang boleh dipraktikkan oleh pekerja sosial dalam meningkatkan lagi keberkesanan NSEP ke arah pembentukan tingkah laku pengurangan risiko dalam kalangan IDU. Kajian ini telah dijalankankan di Pulau Pinang dengan melibatkan seramai 20 orang responden. Kaedah temu bual mendalam berlandaskan panduan temu bual separa berstruktur telah digunakan dalam proses pengumpulan data. Penemuan kajian mendapati dalam konteks pengetahuan bahawa: (1) IDU mempunyai pengetahuan mengenai HIV/AIDS yang baik; (2) IDU tidak mempunyai pengetahuan mengenai HCV yang baik; (3) IDU mempunyai pengetahuan mengenai VCT yang baik; dan (4) IDU mempunyai pengetahuan yang baik mengenai NSEP. Dalam konteks tingkah laku menyuntik dadah dan hubungan seks pula, didapati bahawa: (1) tingkah laku penggunaan jarum dan picagari adalah secara amalan pengurangan risiko; (2) tingkah laku menggunakan pad alkohol adalah secara amalan pengurangan risiko; (3) penggunaan kapas adalah secara amalan pengurangan risiko; (4) tidak menggunakan tourniquet secara amalan pengurangan risiko; (5) mengamalkan pemilihan urat berbanding arteri; (6) mengamalkan penukaran kawasan anggota badan bagi tujuan menyuntik dadah; (7) tidak mengamalkan penyimpanan jarum dan alat suntikan yang telah digunakan di tempat yang selamat; dan (8) IDU tidak aktif dalam tingkah laku hubungan seks.
Description
Keywords
Tingkah laku pengguna dadah secara suntikan , mengikut program pertukaran jarum
Citation