Kaedah Kepimpinan Dan Perancangan Strategik Dalam Pengurusan Kualiti Di Institusi Pembangunan Berteraskan Islam Brunei Darussalam

Loading...
Thumbnail Image
Date
2017-03
Authors
Marzuki@Yahaya, Nurhidayah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tesis ini bertujuan mengkaji kaedah kepimpinan dan perancangan strategik dalam pengurusan kualiti di institusi pembangunan berteraskan Islam (IPBI). Sekalipun pengurusan kualiti lazim dilihat lebih dominan pada masa kini, namun terdapat pengkaji sudah mula menilai pengurusan kualiti dari perspektif Islam. Ini merupakan satu perkembangan yang baik bertujuan membina pengurusan kualiti yang berteraskan Islam sepenuhnya. Penelitian terhadapnya memerlukan evolusi secara perlahan-lahan. Oleh sebab itu, kajian ini hanya melihat sebahagian aspek utama dalam pengurusan kualiti iaitu kaedah kepimpinan dan perancangan strategik sahaja. Memandangkan IPBI di Malaysia secara dominannya masih terikat dengan konsep pengurusan kualiti lazim, maka ada keperluan untuk mengkaji negara lain yang cuba melaksanakan pengurusan secara Islam. Negara tersebut ialah Negara Brunei Darussalam (NBD). NBD telah memperkenalkan konsep dan falsafah yang Islamik untuk negaranya seperti Melayu Islam Beraja (MIB) dan Negara Zikir. Konsep dan falsafah ini memperlihatkan bahawa NBD berusaha membangunkan aspek politik, ekonomi dan sosial menggunakan pendekatan Islam. Pembangunan NBD juga mengambil berat tentang aspek pengurusan kualiti. Maka timbul persoalan, apakah kaedah pengurusan kualiti yang dijalankan oleh IPBI di NBD ini? Bagaimanakah kaedah kepimpinan dan perancangan strategik yang dilaksanakan oleh IPBI di NBD? Untuk tujuan kajian ini, terdapat tiga objektif. Pertama, mengenal pasti kaedah pengurusan kualiti khususnya kaedah kepimpinan dan perancangan strategik yang dilaksanakan di IPBI terpilih NBD; kedua, menganalisis kaedah kepimpinan dan perancangan strategik dalam pengurusan kualiti di IPBI terpilih NBD; dan ketiga, merumuskan kaedah kepimpinan dan perancangan strategik di IPBI terpilih NBD.
Description
Keywords
Kaedah kepimpinan dan perancangan strategik , institusi pembangunan berteraskan Islam Brunei
Citation