Kecekapan Industri Pensyarah Politeknik Dan Kesejajarannya Dengan Keperluan Pasaran Tvet

dc.contributor.authorAbdul Rahman, Rahimah
dc.date.accessioned2022-03-13T13:58:22Z
dc.date.available2022-03-13T13:58:22Z
dc.date.issued2020-05
dc.description.abstractPembangunan modal insan merupakan faktor kritikal bagi menjana dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara. Tenaga kerja yang mempunyai kecekapan adalah penting untuk menyokong pembangunan ekonomi dalam sektor industri. Salah satu faktor yang membantu dalam penghasilan tenaga kerja berkecekapan tinggi adalah dengan memastikan kecekapan pensyarah di institusi TVET adalah berkualiti dalam mendidik pelajar supaya seiring dengan keperluan industri. Walau bagaimanapun, masih terdapat rungutan dari kalangan majikan kepada pensyarah tentang kekurangan mereka dalam perkembangan semasa dan kurang pengalaman atau pengetahuan industri dan kadang kala pensyarah juga tidak terdedah dengan kemajuan teknologi dan juga cara kerja yang wujud dalam tempat kerja yang terkini. Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti kecekapan industri yang dimiliki oleh pensyarah politeknik dan keperluan kecekapan di dalam pasaran TVET seterusnya melihat kesejajaran di antara kedua-duanya. Selain itu kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti amalan-amalan yang digunakan dalam penerapan kecekapan industri di politeknik dan industri. Data diperolehi dengan menggunakan soal selidik dan temubual. Populasi dan persampelan di dalam kajian ini adalah melibatkan pensyarah-pensyarah politeknik dan pihak industri dalam bidang kejuruteraan. Seramai 252 orang pensyarah politeknik dan 245 responden dari industri telah menjawab soal selidik.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/14864
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPensyarah Politekniken_US
dc.subjectPasaran Tveten_US
dc.titleKecekapan Industri Pensyarah Politeknik Dan Kesejajarannya Dengan Keperluan Pasaran Tveten_US
dc.typeThesisen_US
Files
Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
RAHIMAH BINTI ABDUL RAHMAN - TESIS.pdf
Size:
3.38 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: