Kesan Penggunaan Sistem Pembelajaran Terarah Kendiri Secara Atas Talian (E-SOLMS) Terhadap Kesediaan Pembelajaran Terarah Kendiri Dan Motivasi Pembelajaran Pelajar

Loading...
Thumbnail Image
Date
2010-05
Authors
Mat Daud, Khairul Azhar
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan sistem pembelajaran terarah kendiri secara atas talian (E-SOLMS) terhadap kesediaan pembelajaran terarah kendiri dan motivasi pembelajaran pelajar. Kajian ini dilaksanakan secara quasi eksperimen dan dijalankan terhadap pelajar tahun akhir bagi subjek projek J5012 dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kaedah tinjauan yang digunakan ialah kuantitatif (Soalan soal selidik – ujian pra dan pos) dan disokong oleh kaedah kualitatif (temu bual). Instrumen kajian diubah suai daripada skala kesediaan pembelajaran terarah kendiri oleh Gueglielmino (1977) dan skala motivasi pembelajaran oleh Pintrich (1993). Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi (ANCOVA dan MANOVA). Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min dalam konstruk kesediaan pembelajaran terarah kendiri pelajar dalam ujian pos I di antara kumpulan rawatan dan kawalan. Konstruk kesediaan pembelajaran terarah kendiri ialah pengurusan kendiri (min ujian pos kumpulan rawatan 4.02 > kumpulan kawalan 3.32), keazaman untuk belajar (min ujian pos kumpulan rawatan 4.21 > kumpulan kawalan 3.39) dan kawalan kendiri (min ujian pos kumpulan rawatan 4.09 > kumpulan kawalan 3.28). Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min motivasi pembelajaran pelajar. Motivasi pembelajaran diukur melalui lima konstruk utama iaitu orientasi matlamat intrinsik (min ujian pos kumpulan rawatan 4.09 > kumpulan kawalan 3.04), orientasi matlamat ekstrinsik (min ujian pos kumpulan rawatan 4.31 > kumpulan kawalan 3.14), nilai tugasan (min ujian pos kumpulan rawatan, 4.19 > kumpulan kawalan 3.39), kepercayaan kawalan pembelajaran (min ujian pos kumpulan rawatan, 4.24 > kumpulan kawalan 3.39) dan efikasi kendiri (min ujian pos kumpulan rawatan, 4.23 > kumpulan kawalan 3.12). Seterusnya, hasil kajian menunjukkan bahawa nilai min ketekalan juga tinggi dalam ujian pos II terhadap pemboleh ubah kesediaan pembelajaran terarah kendiri dan motivasi pembelajaran pelajar. Hasil daripada dapatan kajian, kajian ini menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran terarah kendiri secara atas talian adalah terbukti keberkesanannya.
Description
Keywords
Kesan penggunaan sistem pembelajaran terarah kendiri secara atas talian , kesediaan pembelajaran terarah kendiri dan motivasi pembelajaran pelajar
Citation