Persepsi guru terhadap reka bentuk persekitaran fizikal bilik darjah : kajian ke atas sekolah-sekolah menengah daerah Baling

dc.contributor.authorMustafa, Muriza
dc.date.accessioned2017-07-19T04:58:57Z
dc.date.available2017-07-19T04:58:57Z
dc.date.issued2006-04
dc.description.abstractReka bentuk persekitaran fizikal bilik darjah memainkan peranan dalam mewujudkan suasana serta motivasi pengajaran dan pembelajaran yang sihat seperti mana yang dibincangkan di dalam kajian-kajian Srivastava (1991), Ibrahim (1,997), Siti Junaidah (1999), Siti Aishah (1999), Lindgran (2000), Rohainiah (2003) dan Zaharuddin (2003). Kajian ini dijalankan untuk menentukan persepsi guru terhadap reka bentuk persekitaran fizikal bilik darjah. Di samping itu, kajian juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran guru terhadap kepentingan reka bentuk persekitaran fizikal bilik darjah. Data-data diperolehi dengan menggunakan instrumen soal selidik, pemerhatian dan temu ramah. Kajian ini melibatkan 400 orang guru dari 13 buah sekolah menengah dalam daerah Baling. Kajian ini penting dalam memastikan reka bentuk bilik darjah memenuhi saiz, susun atur, suhu, ventilasi, cahaya, silau, bunyi, akustik, kemasan, perabot, peralatan dan keperluan teknologi. Kajian juga diharap dapat memudahkan guru-guru merancang aktiviti dalam bilik darjah serta memastikan fungsi bilik darjah dapat digunakan dengan lebih berkesan. Dapatan kajian menunjukkan saiz, susun atur, suhu, ventilasi serta cahaya adalah baik namun masih terdapat silau dan kelemahan bunyi dan akustik pada keadaan tertentu. Dapatan kajian juga menunjukkan perlunya perhatian terhadap keperluan kemasan, perabot, peralatan dan teknologi dalam bilik darjah. Hasil analisis korelasi menunjukkan (a) terdapat perhubungan yang signifikan di antara kelayakkan akademik guru dengan kesedaran guru terhadap saiz dan susun atur bilik darjah (b) tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara pengalaman mengajar guru dengan kesedaran guru terhadap saiz dan susun atur bilik darjah. lmplikasi dapatan kajian ini mencadangkan agar keperluan reka bentuk bilik darjah perlu ditingkatkan untuk menjamin pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/4208
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectBilik darjahen_US
dc.titlePersepsi guru terhadap reka bentuk persekitaran fizikal bilik darjah : kajian ke atas sekolah-sekolah menengah daerah Balingen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: