Konsep Penyucian Jiwa : Kajian Perbandingan Antara Islam Dan Buddhisme

dc.contributor.authorABDUL RAHMAN, AZHAR
dc.date.accessioned2016-05-11T02:40:06Z
dc.date.available2016-05-11T02:40:06Z
dc.date.issued2015-10
dc.description.abstractPenyucian jiwa wujud dalam setiap agama, termasuklah dua agama yang dianuti paling ramai di Malaysia iaitu Islam dan Buddhisme. Konsep penyucian jiwa dalam kedua-dua agama tersebut mempunyai ciri-ciri tertentu yang boleh dilihat dari sudut persamaan dan perbezaannya. Unsur persamaan dan perbezaan ini boleh membawa kepada masalah kekeliruan dan kegelinciran akidah umat Islam sekiranya tidak dijelaskan dengan baik. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan mengkaji konsep penyucian jiwa Islam menurut al-Quran dan menganalisis konsep konsep penyucian jiwa Buddhisme menurut jalan empat kebenaran mulia dan jalan lapan lapis mulia. Seterusnya untuk menyelidik persamaan dan perbezaan konsep penyucian jiwa Islam dan Buddhisme. Kaedah kepustakaan diaplikasikan dengan mengkaji al-Quran dan tafsirannya, kitab Buddhisme, kitab-kitab dan buku yang relevan berkaitan penyucian jiwa Islam dan Buddhisme. Dapatan kajian menunjukkan persamaan yang ditemui tidak sekadar persamaan konsep-konsep umum melibatkan nilai-nilai baik yang diajar agama. Persamaan juga mendasari nilai-nilai dalaman yang lebih mendalam seperti kepentingan niat, cara menyucikan fikiran, koreksi diri dan pembebasan diri dari terikat dengan dunia dan hawa nafsu. Perbezaan terbesar ialah soal teologi yang tidak wujud dalam Buddhisme walaupun ada beberapa perkara melibatkan persoalan ghaib seperti konsep karma dan nirvana. Di samping itu, kajian turut mendapati konsep penyucian jiwa Islam dan Buddhisme sesuai diketengahkan kepada masyarakat kerana elemen kasih sayang dan kewaspadaan kepada tarikan keduniaan dan nafsu yang wujud pada keduanya.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2016
dc.subjectKonsep Penyucian Jiwaen_US
dc.subjectKajian Perbandingan Antara Islam Dan Buddhismeen_US
dc.titleKonsep Penyucian Jiwa : Kajian Perbandingan Antara Islam Dan Buddhismeen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: