Pengaruh gunatanah dan faktor hidrometeorologi tempatan ke atas perilaku luahan
Loading...
Date
1995-05
Authors
Md Hashim, Noorazuan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Tiga lembangan sal iran telah dipilih sebagai kawasan kajian bagi mengkaji
pengaruh faktor-faktor gunatanah dan hidrometeorologi tempatan terhadap luab.an
sungai. Jumlah air larian yang dicerap pada stesen luahan labatan Pengairan Dan
Saliran (JPS) bagi setiap lembangan terpilih merupakan unit ukuran luahan di dalam
anal isis ini.
Sepuluh pembolehubah faktor gunatanah serta enam pembolehubah
hidrometeorologi tempatan telah digunakan bagi menentukan pengaruh gunatanah
dan hidrometeorologi ke atas jumlah air larian. Ujian statistik seperti ujian korelasi
Pearson, analisis regresi berlangkah dan koefisien separa piawai regresi digunakan
untuk mengkaji pertalian di antara jumlah air larian dengan pembolehubahpembole~
1llbah bebas serta memilih pembolehubah gunatanah dan hidrometeorologi
tempatan yang dominan di dalam mempengaruhi jumiah air larian.
Hasil kajian ini telah menunjukkan beberapa pembolehubah-pembolehubah
dari faktor gunatanah dan hidrometeorologi tempatan mempunyai nilai korelasi yang c.
signifikan dengan jumlah air larian. Hasil kaj ian dari model-model regresi berbilang
mendapati pembolehubah-pembolehubah kelapa sawit, getah, jumlah hujan, intensiti
hujan, suhu permukaan dan kelembapan bandingan merupakan di antara
pembolehubah-pembolehubah bebas yang dominan mempengaruhi jumlah air larian.
Melalui ujian koefisien separa piawai regresi, kelapa sawit didapati sebagai
pembolehubah bebas paling dominan di Lembangan Kulim. Ke!embapan bandingan
di Lembangan Kurau dan gunatanah getah di Lembangan Muar dikenalpasti sebagai
pembolehubah-pembolehubah bebas yang paling dominan di kedua-dua lembangan
tersebut.
Hasil kajian ini juga telah menunjukkan tentang dapatan koefisien air larian
dan analisis imbangan air di ketiga-tiga lembangan dengan menggunakan
persamaan lazim imbangan air (P-ET-Q). Hasil analisis di Lembangan Kulim
mendapati, nila.i imbangan air dan koefisien air larian menunjukkan corak dan arah
perubahan yang nyata berbanding dengan kedua-dua lembangan yang lain. Analisis
pemisahan hidrograf yang dilakukan di Lembangan KulimĀ· membuktikan bahawa
komponen ali ran cepat juga telah dipengaruhi oleh pembolehubah dominan iaitu
gunatanah kelapa sawit.
Description
Keywords
Pengaruh faktor-faktor gunatanah dan hidrometeorologi tempatan , terhadap luab.an sungai.