Perubahan Dan Perkembangan Latihan Keguruan Di Malaysia 1945-1986

dc.contributor.authorSulaiman, Hashima
dc.date.accessioned2018-01-25T07:32:54Z
dc.date.available2018-01-25T07:32:54Z
dc.date.issued2017-08
dc.description.abstractTesis ini menganalisis perubahan dan perkembangan latihan keguruan di Malaysia dari tahun 1945 hingga 1986. Cabaran pendidikan guru di Malaysia begitu kompleks seiring dengan perubahan dalam sistem pendidikan negara, pertumbuhan ekonomi dan integrasi sosial dalam masyarakat berbilang kaum. Kajian sejarah ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kajian kepustakaan. Kajian ini banyak menggunakan sumber pertama seperti fail dan dokumen Kementerian Pelajaran, dokumen arkib, majalah dan akhbar serta temu ramah dengan tokoh guru yang terlibat secara langsung dengan bidang kajian. Antara objektif kajian ini adalah untuk mengkaji corak pelaksanaan latihan keguruan, mengenal pasti jenis-jenis latihan keguruan, menganalisis faktor berlakunya perubahan latihan guru dan menilai perubahan kurikulum latihan guru. Dapatan kajian menemukan bahawa perubahan dan perkembangan latihan keguruan di Malaysia berkait rapat dengan perubahan kurikulum pendidikan negara. Latihan keguruan bermula dengan kursus-kursus yang bersifat sementara dan tidak signifikan dengan agenda nasional. Kemudiannya berubah dan berkembang selari dengan perubahan sistem pendidikan negara untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang bermoral dan memiliki semangat perpaduan. Guru berkualiti menjadi aspirasi negara untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5468
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPerubahan dan perkembangan latihan keguruan di Malaysiaen_US
dc.subjectdari tahun 1945 hingga 1986.en_US
dc.titlePerubahan Dan Perkembangan Latihan Keguruan Di Malaysia 1945-1986en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: