Pembangunan Mata Alat Seramik Untuk Pemesinan Keluli Aloi
dc.contributor.author | Yamin Lubis, Muhammad Sobron | |
dc.date.accessioned | 2018-07-10T07:43:34Z | |
dc.date.available | 2018-07-10T07:43:34Z | |
dc.date.issued | 2008-04 | |
dc.description.abstract | Pembangunan bahan kejuruteraan yang semakin meningkat kekuatan dan kekerasannya, memerlukan bahan mata alat potong yang memiliki kekerasan, kekuatan dan ketahanan terhadap suhu yang tinggi. Dari pelbagai jenis bahan mata alat yang ada, bahan seramik sangat berpotensi digunakan sebagai bahan mata alat, kerana bahan seramik memiliki sifat-sifat keras, kuat, tahan terhadap suhu tinggi dan tidak bertindakbalas secara kimia dengan bahan logam. Kajian ini memiliki dua bahagian utama iaitu proses pembuatan mata alat seramik dan penilaian sifat-sifat serta prestasi pemotongan mata alat. Proses pembuatan mata alat komposit seramik meliputi proses penimbangan bahan, pencampuran, pemampatan dan pensinteran. Pencampuran bahan dilakukan antara lain 70% alumina dan 30 % titanium karbida Serbuk yang telah tercampur dimampatkan dalam acuan mata alat dengan beban pemampatan sebanyak 50, 100, 150 dan 200 MPa. Sampel dilakukan perawatan haba dengan menggunakan 4 kaedah pensinteran, diantaranya pensinteran relau induksi, relau vakum, penekan panas dan penekan isostatik panas. Sampel yang tersinter selanjutnya dilakukan penilaian untuk mendapatkan sifat-sifat fizik dan prestasi pemotongan. Ujian sifat fizik meliputi ujian peratus keliangan, ketumpatan pukal, kekerasan dan mikrostruktur. Penilaian prestasi pemotongan mata alat dijalankan menggunakan mesin larik kawalan berangka berkomputer Jenis Okuma LB 15. Bahan kerja yang digunakan adalah keluli aloi AISI D2. Penilaian prestasi mata alat meliputi ujian hayat mata alat, kehausan mata alat dan kekasaran permukaan bahan kerja termesin. Daripada keputusan ujikaji sifat-sifat mata alat diperolehi bahawa bahan alumina-titanium karbida (Al2O3-TiC) saiz zarah 2.05 mikron telah berjaya dihasilkan sebagai mata alat potong dengan menggunakan teknologi pensinteran penekan panas. Pensinteran penekan panas dilakukan pada suhu 1800OC, kadar sinter 10OC/min, masa rendaman 60 minit dan beban tekanan 50 MPa. Demikian juga halnya dengan bahan alumina (Al2O3) saiz zarah 0.6 mikron telah berjaya dihasilkan sebagai mata alat pemotong dengan menggunakan kaedah pensinteran relau induksi. Pensinteran dijalankan pada suhu sinter 1600 OC, kadar sinter 5OC/min, masa rendaman 120 minit. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/5895 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Proses pembuatan mata alat seramik dan | en_US |
dc.subject | penilaian sifat-sifat serta prestasi pemotongan mata alat | en_US |
dc.title | Pembangunan Mata Alat Seramik Untuk Pemesinan Keluli Aloi | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: