Aplikasi Sistem Maklumat Geografi Dan Kaedah Penilaian Pelbagai Kriteria Dalam Perancangan Pembangunan Semula Bandar Butterworth, Pulau Pinang

Loading...
Thumbnail Image
Date
2012-05
Authors
Man, Sharmili
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Perbandaran yang pesat telah menimbulkan pelbagai masalah seperti kesesakan lalu lintas, peningkatan harga tanah secara mendadak, kewujudan kawasan setinggan, percanggahan guna tanah dan rebakan bandar. Justeru, ianya mendorong kepada penghijrahan penduduk bandar ke kawasan pinggir bandar dan menyebabkan bandar sedia ada menjadi usang disebabkan kawasan bandar tersebut mengalami pengurangan aktiviti ekonomi dan sosial ekoran kekurangan penduduk. Oleh hal yang demikian, perancangan pembangunan semula bandar perlu dilaksanakan dengan mengenal pasti satu aktiviti yang dapat menjana semula ekonomi bandar atau membangunkan bandar. Kajian ini telah dijalankan di bandar Butterworth, Pulau Pinang bagi mengenal pasti beberapa jenis guna tanah yang berpotensi dan lokasi yang sesuai untuk pembangunan semula bandar. Pemilihan aktiviti dapat dilaksanakan dengan menggunakan Kaedah Delphi. Kaedah ini sesuai bagi mendapatkan pandangan pembuat keputusan mengenai aktiviti guna tanah yang bersesuaian dalam menjana semula aktiviti ekonomi dan sosial bandar. Soal selidik dijadikan instrumen bagi mendapatkan pandangan pembuat keputusan mengenai aktiviti bersesuaian dalam menjana ekonomi bandar Butterworth. Soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sceinces (SPSS) dan mendapati aktiviti guna tanah komersial sesuai dibangunkan di bandar Butterworth. Setelah itu, GIS diaplikasikan bagi mencari lokasi yang sesuai untuk aktiviti guna tanah komersial. Antara kriteria yang digunakan adalah kemudahsampaian ke jalan utama, kemudahsampaian ke kemudahan awam, kemudahsampaian dengan pusat bandar, kedekatan dengan kawasan pembangunan dan kedekatan dengan penduduk.
Description
Keywords
Aplikasi sistem maklumat geografi dan kaedah penilaian , perancangan pembangunan semula bandar Butterworth, Pulau Pinang
Citation