Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Atas Talian : Kajian Kolaborasi Asinkronous Forum Board Dan Penjanaan Pengetahuan Dalam Ruang Kerja WiKi

Loading...
Thumbnail Image
Date
2012
Authors
Samar, Noorizdayantie
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini mengintegrasikan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) di dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) dan mengkaji dua aspek utama PBM iaitu kolaborasi yang berlaku di forum board dan penjanaan pengetahuan di ruang kerja Wiki. Sejumlah 1,238 orang pelajar Tahun 1 Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, (PPPJJ) Universiti Sains Malaysia (USM) Sidang Akademik 2008/2009 yang mengikuti kursus JUJ103 – Pengenalan Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer terlibat dalam kajian ini. Pelajar-pelajar ini dibahagikan kepada 141 kumpulan kecil yang terdiri daripada 8 hingga 10 orang pelajar bagi setiap kumpulan. Kajian kolaborasi dalam kumpulan melibatkan tiga aspek kolaborasi iaitu kekerapan, dimensi dan kedalaman. Kajian penjanaan pengetahuan di ruang kerja Wiki pula melibatkan dua aspek iaitu frekuensi perkembangan dan kualiti penjanaan pengetahuan. Kajian seterusnya mengkaji hubungan antara kekerapan dan kedalaman kolaborasi di asinkronous forum board dengan kualiti penjanaan pengetahuan di ruang kerja Wiki. Dapatan kajian menunjukkan kekerapan kolaborasi yang berlaku adalah pada tahap tinggi dengan nilai min x = 49.96 posting, SD=36.49 per kumpulan. Ini menggambarkan kolaborasi yang aktif dan bermakna berlaku antara ahli dalam kumpulan. Antara lima dimensi kolaborasi yang dikaji, kajian mendapati Dimensi Penjelasan adalah yang paling dominan dengan nilai min x = 3.60, SD=0.843. Dimensi Kognitif pula memperolehi nilai min x = 3.43, SD=0.854 dan ini menunjukkan bahawa kolaborasi yang bermakna untuk proses pembelajaran hanya berlaku pada tahap sederhana tinggi. Untuk kedalaman kolaborasi pula, min rantaian kolaborasi adalah x = 10.43, SD=7.854. Sama seperti kekerapan kolaborasi, dapatan ini menujukkan bahawa kolaborasi yang aktif dan mendalam berlaku di kalangan ahli kumpulan.
Description
Keywords
Pembelajaran berasaskan masalah atas talian , penjanaan pengetahuan dalam ruang kerja
Citation