Pelancongan Kesihatan: Kajian Kes Mengenai Spa Dan Pusat-Pusat Kesiratan Di Pulau Pinang

Loading...
Thumbnail Image
Date
2002-07
Authors
NGU SRI JING, IRENE
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini merupakan satu kajian penerokaan mengenai pelancongan kesihatan diberi di negeri Pulau Pi nang kepada perkhidmatan Spa dan pusat kesihatan. Teori kajian ini diambil dari idea Goodrich (1987) yang melihat pelancongan kesihatan ini sebagai satu strategi baru dalam pemasaran destinasi pelancongan. Menurutnya, pelancongan kesihatan adalah sebahagian daripada produk atau destinasi pelancongan untuk menarik pelancong melalui promosi yang bersungguh-sungguh mengenai perkhidmatan dan kemudahan tambahan kepada jenis pelancongan biasa. Dalam penyelidikan ini, didapati bahawa terdapat dua jenis pelancongan kesihatan iaitu salah satu merupakan rawatan kesihatan atau pelancongan perubatan, manakala satu lagi adalah merupakan pelancongan penjagaan kesihatan yang wujud dalam bentuk spa atau rawatan alternatif. Lima kaedah telah digunakan untuk mencapai matlamat kajian ini iaitu mengumpuI risalah pelancongan, pemerhatian ke hotelhotel terpilih, menemuduga pusat spa, agensi pelancongan dan pelancong. Kajian ini didapati bahawa walaupun ban yak hotel telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kesihatan tetapi elemen ini masih belum dianggap penting. Walaupun idea mengenai pendedahan spa telah mula didapati dalam kalangan pengllsaha spa, tetapi spa ini belum dianggap sebagai sejenis pelancongan kesihatan. Hanya satu daripada 35 agensi pelancong mempromosi kepada pelancongan tentang jenis kemudahan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan boleh diperolehi sesuatu temp at tarikan. Hanya sebuah agensi pelancongan yang mempromosikan pelancongan perubatan dalam pakaj. Pelancongan kesihatan adalah sangat baru kepada kebanyakan agensi pelancongan. Daripada 115 pelancong yang ditemuduga hanya 4 orang yang pernah mengunjungi spa. Malahan bilangan pelancongan yang mendapat perkhidmatan refleksologi kaki dan urut bad an mencapai seramai 58 orang. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelancongan kesihatan lebih dianggap sebagai pelancongan perubatan di Malaysia.
Description
Keywords
Pelancongan Kesihatan: Kajian Kes Mengenai Spa , Dan Pusat-Pusat Kesiratan Di Pulau Pinang
Citation